Showing posts with label sayembara. Show all posts
Showing posts with label sayembara. Show all posts

Thursday, January 1, 2009

TAHNIAH! Sayembara Puisi Berunsur Islam IPEM 2008


Alhamdulillah, pengumuman dan penyampaian hadiah pemenang Sayembara Puisi dan Cerpen berunsur Islam sempena Minggu Penghayatan Islam anjuran gabungan PKPMI cawangan Makassar, KULNM dan IMAM SCI telah berlangsung pada 31 Disember 2008 (Rabu). Penyampaian hadiah telah disampaikan oleh Pengerusi IPEM, saudara Yazid Sahak.

Penganjuran ini telah mengumpulkan sejumlah 11 naskhah cerpen dan 18 lembar puisi. Jumlah ini jauh melebihi sasaran penyertaan yang dijangkakan oleh penganjur, membuktikan betapa genre cerpen dan puisi mendapat tempat di kalangan mahasiswa dalam berkarya. Alhamdulillah.

Senarai para hakim Sayembara Cerpen dan Puisi Berunsur Islam sempena MPI 2008 ialah:

1. Muhammad Yazid bin Sahak (Ketua hakim)
2. Ruqnuddin Al Hamdi
3. Muhammad Nabil Fahmi
4. Mohd Firdaus Musa
5. Halaa bt Burhanuddin
6. Azzahra Azhar

Kategori Cerpen

Tempat Pertama

Tajuk: Maafkan Abah, Sayang
Penulis: Nik Nor Aini Nik Abdul Aziz
Batch: 2006

Tempat Kedua

Tajuk: The Love Of A Parent
Penulis: Anis Izzati
Batch: 2007

Tempat Ketiga

Tajuk: Sang Pencari Cinta
Penulis: Muhamad Izzudin Sulam
Batch: 2007

Kategori Puisi

Tempat Pertama

Tajuk: Senandung Tiga Irama
Penulis: Nurul Iman Abdul Rahim
Batch: 2005

Tempat Kedua

Tajuk: Bidadari
Penulis: Nor Maisarah bt Mohamed Shukri
Batch: 2006

Tempat Ketiga

Tajuk: Hari Ini, Palestin
Penulis: Fatiah Syahirah Mohd Ghazali
Batch: 2007

Terima kasih kepada anda yang telah berpartisipasi di dalam pertandingan kali ini. Moga ianya satu momentum untuk lebih gigih dalam menghasilkan karya yang bermutu di masa akan datang. Tahniah kepada yang telah menang dan kepada yang kurang bernasib baik, masih luas peluang untuk anda mencuba!

Salam hormat,

Maisarah Shukri
SU IPEM

[+] Baca Selanjutnya

Wednesday, December 10, 2008

Sayembara Puisi Islami GKLN 2008


Ini adalah iklan. Untuk entri sila skrol ke bawah.
.
Pengenalan

Sayembara Puisi Islami GKLN 2008 merupakan salah satu aktiviti tahunan Grup Karyawan Luar Negara untuk seluruh ahlinya yang mewakili pelbagai negara. Meskipun memiliki berbilang latar pendidikan, masyarakat, dan koordinat geografi yang berbeza, sayembara ini akan menjadi wadah yang menyatukan fikrah para peserta. Sayembara ini akan membentuk dimensi baru yang mengisi kekosongan relung jiwa penyajak muda di samping dapat menghubungkan sesama mereka untuk tujuan dan nuansa yang sama ; mengangkat nilai kesusasteraan Islami ke peringkat yang lebih tinggi

Objektif

1. Menawarkan dunia penulisan kreatif sebagai salah satu wadah menyampaikan mesej dakwah dan pemikiran kritis di samping meningkatkan penghayatan para peserta dalam aspek keagamaan menerusi penulisan sajak yang bertemakan keagamaan dan berunsurkan Islam. Hal ini diharap dapat membantu memperbaiki jati diri dan kesedaran mereka sebagai pelajar Muslim.

2. Menambah minat dan pengelibatan para peserta dalam bidang sastera dan khususnya penulisan sajak.

3. Melahirkan masyarakat Islam yang lebih dinamik dan seimbang yang bukan sahaja cemerlang dalam aspek sains tetapi juga dalam aspek cipta kreatif. Memandangkan majoriti pelajar luar negara adalah pelajar sains ( perubatan ) , maka usaha melibatkan mereka dengan penulisan akan menjadikan mereka lebih fleksibel dan serba boleh dari segi pengalaman dan kemahiran, bukan sahaja dalam bidang sains, tetapi juga dalam bidang kerohanian dan selain sains.

4. Memberi ruang kepada pelajar Malaysia di luar negara untuk mengikuti aktiviti sastera dan penulisan yang lebih tersusun. Terdapat segelintir pelajar-pelajar di luar negara yang berminat mendekati dunia penulisan, namun kebatasan ruang dan peluang untuk berkarya membuatkan usaha ini menjadi terbantut.


Syarat Penyertaan

1. Sayembara ini terbuka kepada semua pelajar Malaysia yang menepati semua syarat berikut :

a) Sedang menuntut di luar negara.
b) Telah menjadi ahli GKLN yang sah. Bagaimana ingin menjadi ahli GKLN yang sah?
Isikan borang keahlian dan hantarkan ke gkln_sayembara@ yahoo.com bersama karya penyertaan anda.
c) Menuntut di negara yang dirangkumi oleh GKLN.
d) Peserta yang mengikuti 'twinning program' juga layak menghantarkan penyertaan dengan syarat belum selesai mengikuti program 'undergraduate' sebelum tarikh tutup penyertaan.

2. Syarat karya :

a) Setiap puisi wajib mempunyai unsur moral dan pengajaran.
b) Setiap puisi boleh menyentuh mana-mana aspek seperti :
(1) Sejarah Islam.
(2) Nilai tamadun kerajaan Islam silam.
(3) Tokoh Islam
(4) Dakwah dan tarbiyah
(5) Aspek perjuangan menegakkan syiar Islam.
(6) Kritikan sosial dan sikap umat Islam.
(7) Isu-isu semasa dunia Islam.
(8) Kocak politik dan ekonomi negara-negara Islam
(9) Keamanan/kezaliman khususnya yang melanda negara-negara Islam seperti Iraq, Palestin dan sebagainya.
(10) Aspek sains dan teknologi yang membabitkan umat Islam
(11) Lain-lain aspek yang berkaitan.


3. Hasil karya hendaklah asli ( bukan saduran atau terjemahan) , belum pernah tersiar atau diterbitkan di mana-mana media cetak dan belum pernah menyertai sebarang peraduan lain. Sekiranya karya tersebut pernah disiarkan di blog, diharapa dapat menarik balik sajak tersebut dari blog sebelum keputusan diumumkan.

4. Setiap karya yang dihantar tidak akan dipulangkan dan pihak penganjur berhak menyiarkan karya tersebut ( di buletin, majalan, weblog dan yahoogroups GKLN ) tanpa perlu izin rasmi penulis, namun hak cipta karya tetap di tangan penulis.

5. Pemenang hadiah utama akan dibukukan.

6. Tarikh tutup penyertaan adalah pada 30 November 2008.

7. Terma dan syarat tertakluk pada pindaan.

8. Hantarkan karya atau sebarang soalan/kemusykilan ke gkln_sayembara@yahoo.com




Penilaian

1. Hantarkan 3 sajak terbaik yang memenuhi syarat-syarat karya.

2. Sajak dinilai secara 'kombo'.

3. Pemenang akan dinilai berdasarkan keupayaan mengolah tema yang diketengahkan , kebijaksanaan mendidik pembaca dengan kreativiti dan persembahan yang puitis.

4. Hadiah ditawarkan untuk tempat Pertama, Kedua, dan Ketiga serta dua hadiah saguhati ( tertakluk pada pindaan ).

5. Keputusan akan diumumkan pada 20 Februari 2009.

6. Tertakluk kepada perubahan

Format Penulisan

a) Tajuk di bold kan. Menggunakan Font Arial pada ukuran 16

b) Teks sajak menggunakan Font Arial pada ukuran 12.

c) Tulisan hitam. ( untuk tajuk dan teks )

d) Hantarkan dalam bentuk kombo susunan tangga ( kurang baik --> terbaik ) Ini terpulang pada penilaian para peserta. Tiada markah tambahan untuk penyusunan yang tepat.

e) Di awal karya , tuliskan

Nama pena
Nama penuh
Lokasi di luar negara
No. telefon
Alamat di Malaysia
No. telefon
Email

f) Panjang setiap karya hendaklah tidak melebihi satu mukasurat.

g) Contoh

Nama pena : Fahd Razy
Nama penuh : Ahmad Fadhlil Mohamad Pakarul-Razy
Lokasi di luar negara : Ireland
No. telefon :
Alamat di Malaysia :
No. telefon :
Email :


Hujan Ramadhan


Hujan fajar yang berebutan di jalan
adalah gamit Ramadhan
adalah bisik rindu
yang menjemputku bersubuh dalam
balutan sejahtera
saat pagi yang menguji itu
menghantar aku ke rumah muhasabah
dengan hati yang sering pecah
dan suara merekah

[+] Baca Selanjutnya

Wednesday, July 2, 2008

Komentar Para Hakim: Sayembara Cerpen Grup Karyawan Luar Negara



Senarai panel Hakim:

Hafez Iftiqar
Adibah Abdullah
Rebecca Ilham


Komentar Umum Para Hakim Terhadap Cerpen-cerpen Peserta
1. Tema dan persoalan. Masih ada cerpen-cerpen yang dihakimi mempunya tema dan persoalan yang banyak. Dalam penulisan cerpen, tema harus tunggal. Wibawa penulis dinilai berdasarkan kemampuan mendokong tema tadi malalui pengenalan, konflik, klimaks dan peleraian. Lebih mengecewakan, ada cerpen yang langsung tidak mempunyai konflik, klimaks dan peleraian. Membaca cerpen sebegini seolah-olah berpusing-pusing dalam bulatan dan membosankan. Pembaca bukan ‘hamster’ yang tak jemu berlari dalam bulatan.

2. Pemilihan tema dan persoalan. Masih banyak peserta cenderung kepada karya pop islami. GKLN secara khusus komited untuk melahirkan penulis yang menulis isu-isu ‘matang’ yang boleh menggambarkan anda seorang penulis yang kritis. Cabaran utama ialah untuk mengangkat isu-isu matang dan berat ini dengan kreatif. Sebagai contoh, anda boleh menulis tentang cinta, tetapi kalau cinta itu cinta lelaki dan wanita – ya, tema anda klise, biasa-biasa sahaja malahan anda cenderung menulis karya picisan dengan memilih tema ini. Ada banyak tema cinta yang masih tidak diangkat. Karya-karya yang menjadi sebutan di peringkat antarabangsa kebiasaannya meneroka tema-tema ini.

3. Tema juga harus umum. Memilih tema yang disukai kelompok anda sahaja tidak akan menjadikan anda penulis yang baik. Cerpen sebegini awal-awal lagi akan ditolak pembaca yang bukan dari kelompok anda. Sekilas baca sudah tahu anda dari kelompok atau kumpulan mana. Membaca tulisan anda, seolah-olah membaca naskah brainwash yang hampir pasti tidak akan difahami oleh orang diluar kelompok anda. Anda mungkin dipuji kelompok anda, tetapi tidak orang dari luar.

4. Watak dan perwatakan. Cerpen tidak perlu kepada watak yang banyak. Tiga watak pun sudah dikira banyak untuk sebuah cerpen. Masih ada cerpen yang bermewah menggunakan watak yang entah siapa-siapa dan kalau dihilangkan sedikit pun tidak mengganggu penceritaan. Malah kewujudan watak-watak kodi ini menyebabkan cerpen jadi tambah berserabut dan pembaca hilang tumpuan. Lebih mengganggu, watak itu tiba-tiba wujud dan hilang seperti chips more – sekejap ada, sekejap tak ada. Perwatakan harus sesuai dengan watak. Sedikit hairan – ustazah (layan) bercinta dengan bapa ayam sebagai contoh atau AJK keselamatan untuk aktiviti air yang tak tahu berenang terjun menyelamatkan peserta yang lemas kemudian dia yang lemas dan perlu diselamatkan orang.

5. ‘Telling but not showing’, penulis yang baik harus mampu menuntun imaginasi pembaca bukan memaksakan pembaca memahami apa yang ingin ditulisnya. Kelemahan ini ketara sewaktu penulis memilih dan menghuraikan plot cerita. Memudahkan fahaman, ambil contoh – ‘air itu jernih sehingga tampak ikan-ikan sebesar peha’ sama sahaja dengan ‘tampak ikan-ikan sebesar peha dari permukaan air itu. Kedua-duanya bermaksud air itu jernih!

6. Konflik, klimaks dan peleraian. Penulis baru harus cuba mencari identiti tersendiri buat karyanya. Anda mempunyai kelebihan kerana anda mempunyai pengalaman di luar Negara. Banyak cerpen-cerpen yang diadili; konflik, klimaks dan peleraiannya boleh dijangkakan – klise! Ciptakan kejutan-kejutan untuk menjadikan cerpen anda unik!

7. Pemilihan diksi. Anda tidak perlu memilih kosa kata yang aneh-aneh sehingga setiap baris pasti mengandungi perkataan yang tidak difahami orang kebanyakan dan harus dirujuk kamus. Membaca karya sebegitu merimaskan dan mengganggu penghayatan. Anda harus bijak menggunakan teknik-teknik penceritaan dengan menggunakan ayat-ayat yang difahami umum. Masih ada karya yang mencampur-adukkan Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu. Penggunaan bahasa asing mungkin diperlukan dalam dialog, tetapi apa perlunya menggunakan bahasa asing tidak semena-mena ketika anda tidak terdesak menggunakan bahasa asing? Jika anda perlu menggunakan bahasa asing, sila patuhi tatabahasa – sekurang-kurangnya condongkan huruf perkataan itu (italic).

8. Pemilihan tajuk. Tajuk yang baik berdiri sebagai kesimpulan cerpen dan mampu menarik minat pembaca. Begitu juga baris pertama, perenggan pertama anda. Anda gagal di sini, serentak minat pembaca menghabiskan cerpen anda hilang.

9. Penggunaan bahan bantu. Masih ramai yang cenderung meletakkan ayat-ayat Quran dan kisah-kisah sejarah secara tempelan. Seharusnya, penggunaan bahan-bahan sokongan ini mengalir sama dengan penceritaan anda, bukan ditempel di sana sini. Ini membezakan penulis baik dan tidak; keupayaan mengadunkan fakta, ayat Quran, hadis dan sebagainya dengan cerita, bukan sekadar menempel bahan-bahan ini.

10. Cerpen ialah cerita pendek. Oleh itu anda tidak perlu memasukkan kisah-kisah sampingan yang menyebabkan cerpen anda panjang berjela-jela. Fokus kepada tema anda dan tidak perlu memperkenalkan tema dan persoalan baru di dalam usaha menghabiskan cerpen anda.

11. Secara keseluruhan, cerpen yang dihakimi bertebar dalam spektrum yang luas. Di satu hujung, tulisan-tulisan yang sangat baik manakala di satu hujung tulisan yang sangat lemah. Harus membiasakan diri dengan tulisan-tulisan penulis mapan tempatan dan antarabangsa. Cari identiti penulisan sendiri, keluar dari klise dan semoga terus menulis. Harap beroleh manfaat dari ulasan ini.

[+] Baca Selanjutnya

Friday, June 27, 2008

KEPUTUSAN RASMI: SAYEMBARA CERPEN GRUP KARYAWAN LUAR NEGARA 2008



Sayembara Cerpen Grup Karyawan Luar Negara 2008 ini merupakan sayembara yang julung-julung kali dianjurkan oleh Grup Karyawan Luar Negara (GKLN) meliputi semua ahli GKLN dari seluruh dunia tanpa batasan regional dan geografi, bahkan memberi fokus kepada genre cerpen. Matlamat utamanya, mengenalpasti dan memperkukuh bakat, kemahiran, dan minat dalam genre cerpen di samping menyediakan platform untuk ahli-ahli GKLN mengetengahkan karya-karya prosa mereka secara lebih berkesan dan menggalakkan. Cetusan ini diharap dapat menggali dan memperbanyak produk-produk kreatif dari ahli-ahli GKLN sebagai khazanah seni dan susastera Melayu tanah air.



Penganjuran kali pertama ini telah mengumpulkan sejumlah 19 naskhah cerpen oleh 13 penulis dari pelbagai negara. Jumlah ini jauh melebihi sasaran penyertaan yang dijangkakan oleh penganjur, membuktikan betapa genre cerpen tetap mendapat tempat di kalangan ahli-ahli GKLN.

Sebagai insentif dan galakan, sebahagian besar penyertaan yang dipilih oleh hakim akan dimuatkan dalam antologi cerpen GKLN yang bakal diterbitkan pada Ogos 2008. Para hakim telah mengambil masa lebih 1 bulan untuk meneliti satu persatu penyertaan. Meskipun jumlah penyertaan yang memberangsangkan, mutu dan persembahan sebahagian besar penyertaan masih gagal memuaskan hati para hakim. Masih terdapat kelompangan terutamanya dalam aspek memahami ilmu dan kaedah penulisan cerpen yang baik. Pemilihan tema dan aspek penceritaan sebahagian penyertaan masih kurang mempamer kesegaran dan keunikan. Sungguhpun begitu, dari perbincangan yang teliti para hakim telah mencapai bersepakat memilih 5 buah cerpen untuk dipilih sebagai pemenang Sayembara Cerpen Grup Karyawan Luar Negara yang pertama ini.

Senarai para hakim Sayembara Cerpen Grup Karyawan Luar Negara 2008

1) Hafez Iftiqar Mohd Termizi (Ketua hakim)
2) Nur Hazwani Rameli (Rebecca Ilham)
3) Adibah Abdullah
4) Ahmad Fadhlil M P Razy (Fahd Razy) (Sekretariat)


KEPUTUSAN SAYEMBARA CERPEN GRUP KARYAWAN LUAR NEGARA

PERTAMA
Mohammad Umar Aiman Bin Osman (Siddiq Osman) - SUDAN
Judul cerpen: Mengemis di Kota Larangan

Hadiah tempat pertama:
1) Cerpen yang berjaya bakal dimuatkan dalam antologi cerpen Grup Karyawan Luar Negara 2008
2) 13 naskhah buku-buku sastera pelbagai genre


KEDUA
Nurul Lailati Mahat - MESIR
Judul cerpen: Wahidah dan Secebis Tabah Khalilullah

Hadiah tempat kedua:
1) Cerpen yang berjaya bakal dimuatkan dalam antologi cerpen Grup Karyawan Luar Negara 2008
2) 10 naskhah buku-buku sastera pelbagai genre


KETIGA
Ainaa Mardhiah Suhaimi - MAGHRIBI
Judul cerpen: JIDAL (Jihat Ideologi Duka Andalus Lama)

Hadiah tempat ketiga:
1) Cerpen yang berjaya bakal dimuatkan dalam antologi cerpen Grup Karyawan Luar Negara 2008
2) 8 naskhah buku-buku sastera pelbagai genre

Hadiah Penghargaan
Muhaimin Sulam - UNITED KINGDOM
Judul cerpen: Warkah Buat Rabiah

Hadiah penghargaan:
1) Cerpen yang berjaya bakal dimuatkan dalam antologi cerpen Grup Karyawan Luar Negara 2008
2) 5 naskhah buku-buku sastera pelbagai genre


Hadiah Penghargaan
Muhammad Syukri Rosli - AUSTRALIA
Judul cerpen- Usrah di Penarek
Hadiah penghargaan:
1) Cerpen yang berjaya bakal dimuatkan dalam antologi cerpen Grup Karyawan Luar Negara 2008
2) 5 naskhah buku-buku sastera pelbagai genre


Sebanyak 5-7 lagi cerpen yang dipilih oleh hakim bakal dimuatkan dalam antologi cerpen Grup Karyawan Luar Negara 2008. Senarai penuh peserta yang berjaya akan diumumkan sedikit masa lagi.

JUTAAN TAHNIAH KEPADA PARA PEMENANG! Semoga kejayaan ini bakal menggalakkan budaya penulisan khususnya dalam genre cerpen di kalangan para pelajar luar negara.

Laporan penuh para hakim bakal dimuatkan dalam antologi cerpen Grup Karyawan Luar Negara 2008 berjudul 'Mengemis di Kota Larangan'

[+] Baca Selanjutnya

Wednesday, June 25, 2008

Majlis Penyampaian Hadiah SEMPURI 08

Alhamdulillah, pengumuman dan penyampaian hadiah pemenang Sayembara Puisi Maghribi SEMPURI '08 telah disisip di penghujung program Spring Intellectual Village (SIV 4), Persatuan Mahasiswa Malaysia di Maghribi (PMMM) pada 8 April 2008 (Selasa) lalu. Berikut adalah gambar semasa majlis tersebut.



Universiti Abdul Malek Es Saadi, Tetouan






JOHAN

Khairoul Nashreeq bin Japar
(Nama pena : al Fannani)
Tahun 3, Pengajian Islam

NAIB JOHAN

Suriati binti Abdullah
(Nama pena : Khaulahazwa)
Tahun 3, Pengajian Islam
Universiti Muhammed el-Khomis, Rabat

PEMENANG KETIGA

Nurul Anisah Binti Nordin
(Nama pena : Anis Nordin)
Tahun 3, Pengajian Islam
Universiti Mohammed el-Khomis, Rabat

PEMENANG SAGUHATI PERTAMA

Abdul Rahim bin Zainudin
(Nama pena : Dakwat Fikir)
Tahun 1, Pengajian Bahasa Arab
Universiti Mohammed el-Khomis, Rabat

PEMENANG SAGUHATI KEDUA

Nurzahirah binti Zahid
(Nama pena : ZahirahZahid)
Tahun 2, Pengajian Islam
Universiti Mohammed el-Khomis, Rabat

[+] Baca Selanjutnya

Tuesday, June 10, 2008

Keputusan Rasmi Sayembara Puisi Maghribi (SEMPURI 08)



Assalamualaikum
Alhamdulillah, kita menerima sambutan menggalakkan daripada peserta Malaysia di Maghribi dalam SEMPURI '08 yang julung kali diadakan ini.

Berikutan sayembara yang dilangsungkan sehingga 14 Mac lalu, kami berbesar hati mengumumkan secara rasmi di khalayak Grup Karyawan Luar Negara ini, keputusan Sayembara Puisi Maghribi (SEMPURI '08). Mohon maaf atas kelewatan yang terlalu.

Alhamdulillah, pengumuman dan penyampaian hadiah pemenang SEMPURI '08 telah disisip di penghujung program Spring Intellectual Village (SIV 4), Persatuan Mahasiswa Malaysia di Maghribi (PMMM) pada 8 April 2008 (Selasa) lalu.

Keputusan rasminya adalah seperti berikut;

JOHAN

Khairoul Nashreeq bin Japar
(Nama pena : al Fannani)
Tahun 3, Pengajian Islam
Universiti Abdul Malek Es Saadi, Tetouan

NAIB JOHAN
Suriati binti Abdullah
(Nama pena : Khaulahazwa)
Tahun 3, Pengajian Islam
Universiti Muhammed el-Khomis, Rabat

PEMENANG KETIGA
Nurul Anisah Binti Nordin
(Nama pena : Anis Nordin)
Tahun 3, Pengajian Islam
Universiti Mohammed el-Khomis, Rabat

PEMENANG SAGUHATI PERTAMA
Abdul Rahim bin Zainudin
(Nama pena : Dakwat Fikir)
Tahun 1, Pengajian Bahasa Arab
Universiti Mohammed el-Khomis, Rabat

PEMENANG SAGUHATI KEDUA
Nurzahirah binti Zahid
(Nama pena : ZahirahZahid)
Tahun 2, Pengajian Islam
Universiti Mohammed el-Khomis, Rabat

(SILA KLIK IKON PUISI SAYEMBARA DI KANAN WEBLOG UNTUK PUISI-PUISI PARA PEMENANG!)

Teruskan berdakwah dengan pena.

Salam hormat,

AINAA MARDHIAH BINTI SUHAIMI
Pengarah,
Sayembara Puisi Maghribi 2008 (SEMPURI '08)
Penyelenggara GKLN Timur Tengah dan Afrika

[+] Baca Selanjutnya

Tuesday, April 15, 2008

Sayembara Cerpen Berunsur Islam GKLN 2008 !!!

INI HANYA IKLAN. UNTUK ENTRI, SILA SKROL KE BAWAH

INI HANYA IKLAN. UNTUK ENTRI, SILA SKROL KE BAWAH

INI HANYA IKLAN. UNTUK ENTRI, SILA SKROL KE BAWAH




PENDAHULUAN

Sayembara Cerpen Islami GKLN 2008 merupakan sayembara cerpen yang julung kali diadakan oleh Grup Karyawan Luar Negara untuk seluruh ahlinya dari pelbagai negara. Selain meliputi rangkaian geografi yang luas, sayembara ini juga merupakan yang pertama anjuran GKLN meliputi genre cerpen dengan masih menekankan nuansa Islami sebagai terasnya. Sayembara cerpen ini berfungsi sebagai serampang dua mata bagi membantu meningkatkan penghayatan dan kesedaran para pelajar di luar Negara dalam aspek kerohanian di samping memberikan pendedahan kepada para peserta yang majoritinya pelajar sains terhadap dunia sastera dan penulisan sebagai aktiviti sisi alternatif kepada mereka yang wajar diceburi sekaligus memperkembangkan potensinya sebagai wadah dakwah yang merangsang.


OBJEKTIF

1) Menawarkan dunia penulisan kreatif sebagai salah satu wadah menyampaikan mesej dakwah dan pemikiran kritis di samping meningkatkan penghayatan para peserta dalam aspek keagamaan menerusi penulisan cerpen yang bertemakan keagamaan dan berunsurkan Islam. Hal ini diharap dapat membantu memperbaiki jati diri dan kesedaran mereka sebagai seorang pelajar Muslim.

2) Menambah minat dan penglibatan para peserta dalam bidang sastera khususnya penulisan cerpen. Di kalangan pelajar-pelajar luar negara didapati aktiviti dan penglibatan mereka dalam penulisan sangat kurang dan terhad walhal penulisan dan sastera memikul fungsi penting dalam menjana pemikiran masyarakat.

3) Melahirkan masyarakat Islam yang lebih dinamik dan seimbang yang bukan sahaja cemerlang dalam aspek sains tetapi juga dalam aspek cipta kreatif. Memandangkan majoriti pelajar luar negara adalah pelajar sains (perubatan) maka usaha melibatkan mereka dengan penulisan akan menjadikan mereka lebih fleksibel dan serba boleh dari segi pengalaman dan kemahiran, bukan sahaja dalam aspek sains, tetapi juga aspek bukan sains dan kerohanian.

4) Memberi ruang kepada pelajar Malaysia di luar negara untuk mengikuti aktiviti sastera dan penulisan yang lebih tersusun. Terdapat segelintir pelajar-pelajar di luar Negara yang berminat mendekati dunia penulisan namun kebatasan ruang dan peluang untuk berkarya membuatkan usaha ini menjada terbantut.

5) Mengisi kekosongan ruangan karya kreatif di dalam buletin-buletin persatuan pelajar memandangkan karya yang dihantar untuk penyertaan akan dinilai untuk disiarkan di media-media kelolaan PPIMI, dan organisasi lain.


SYARAT PENYERTAAN

1) Sayembara ini terbuka kepada semua pelajar Malaysia yang menepati semua syarat berikut:
a) sedang menuntut di luar negara
b) menjadi ahli GKLN yang sah (RUJUK SYARAT 11, UNTUK KETAHUI CARANYA)
c) menuntut di negara yang dirangkumi oleh GKLN
d) peserta yang mengikuti ‘twinning program’ juga layak menyertai dengan syarat belum selesai mengikuti program ‘undergraduate’ sebelum tarikh tutup penyertaan.

2) Setiap karya yang dihantar hendaklah bersesuaian serta mencerminkan kemurnian agama Islam itu sendiri. Tiada tema khusus ditetapkan, tetapi cerpen yang berlatarbelakang luar negara amat digalakkan. Karya-karya boleh menyentuh mana-mana aspek perjuangan menegakkan syiar Islam, dakwah dan tarbiyah, kritikan sosial dan sikap umat silam, isu-isu semasa dunia Islam, kocak politik dan ekonomi negara-negara Islam, keamanan/ kezaliman khususnya yang melanda negara-negara Islam seperti Iraq, Palestin, dan sebagainya, sejarah-sejarah Islam, ketamadunan kerajaan-kerajaan Islam silam, dan lain-lain yang bersesuaian, perkembangan/harapan terhadap kemajuan umat Islam di masa hadapan, aspek sains dan teknologi yang membabitkan umat Islam, dan lain-lain aspek yang berkaitan.

3) Setiap peserta bebas menghantar bilangan cerpen namun hanya satu hadiah sahaja layak dimenangi oleh setiap peserta. Hadiah ditawarkan untuk tempat Pertama, Kedua, dan Ketiga serta dua hadiah saguhati.

4) Keputusan akan diumumkan menjelang musim panas 2008 dan penyampaian hadiah akan ditetapkan kemudian.

5) Cerpen hendaklah tidak kurang 1200 patah perkataan dan tidak lebih 2500 patah perkataan.

6) Hasil karya hendaklah asli (bukan saduran atau terjemahan), belum pernah tersiar atau diterbitkan di mana-mana media cetak dan belum pernah menyertai sebarang peraduan lain. Sekiranya karya tersebut pernah disiarkan di blog, diharap dapat menarik balik cerpen tersebut dari blog sebelum keputusan diumumkan.

7) Setiap karya yang dihantar tidak akan dipulangkan dan pihak penganjur berhak menyiarkan karya tersebut (di buletin, majalah, weblog dan yahoogroups GKLN) tanpa perlu izin rasmi penulis, namun hak cipta karya tetap di tangan penulis.

8) Beberapa cerpen terpilih (samada menang atau tidak) akan dipertimbangkan untuk dimuatkan dalam antologi cerpen terbitan GKLN pada musim panas 2008.

9) Tarikh tutup penyertaan adalah pada 15 April 2008.

10) Hantarkan penyertaan (cerpen) berserta nama, nama pena (jika ada), emel, lokasi di luar negara dan jurusan serta no telefon di luar negara kepada: puisieire@yahoo.com

11) Untuk menyertai Grup Karyawan Luar Negara:

a) Bagi yang belum menyertai GKLN, dan mempunyai akaun Yahoo! klik ikon di bawah, dan login emel anda. Dalam ruangan 'Comment to owner'- nyatakan

i) nama dan nama pena (jika ada)
ii)emel
iii)jurusan, universiti, dan tahun pengajian
iv)tarikh lahir
v)lokasi di Malaysia

Click here to join karyawanluarnegara
Klik ikon untuk menyertai GKLN


b) Bagi yang telah menyertai YahooGroups GKLN (tetapi belum mendaftar) ATAU tidak mempunyai akaun Yahoo! sila hantarkan butir yang sama ke emel: adiba_308@yahoo.com (dan salinan ke fahd_razy@yahoo.co.uk)

NOTIS: PIHAK URUSETIA SAYEMBARA CERPEN BERUNSUR ISLAM GKLN 2008 BERHAK MEMINDA MANA-MANA SYARAT PERTANDINGAM PADA BILA-BILA MASA.

[+] Baca Selanjutnya

Wednesday, March 26, 2008

Sayembara Novel MAIDAM dan DBPWT 2008

Sayembara Menulis Novel MAIDAM dan DBP Wilayah Timur

Anjuran: Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (http://www.maidam.gov.my) dan DBP Wilayah Timur (http://www.dbp.gov.my)


Tarikh tutup 29 Syaaban 1429H/ 31 Ogos 2008

Hadiah:
Hadiah Utama RM 7000
2 Hadiah Penghargaan RM 3000

Sila klik imej untuk syarat-syarat penyertaan.






[+] Baca Selanjutnya

SAYEMBARA FIKSYEN SAINS DAN TEKNOLOGI (NOVEL)

SAYEMBARA FIKSYEN SAINS DAN TEKNOLOGI (NOVEL)
ANJURAN
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA – KUMPULAN UTUSAN


MENAWARKAN HADIAH :

Pertama RM15,000.00 Watikah dan Trofi
Kedua RM7,500.00 Watikah dan Trofi
Ketiga RM5,000.00 Watikah dan Trofi
Saguhati (5 Pemenang) RM2,500.00 Watikah dan Trofi
Lain-lain RM15,000.00
Jumlah RM45,000.00



Syarat-syarat Penyertaan

1. Penyertaan terbuka kepada semua warganegara Malaysia. (Kecuali sekretariat/urusetia sayembara adalah tidak dibenarkan).

2. Karya mestilah asli, bukan saduran, hasil karya sendiri dan ditulis dalam bahasa Melayu.

3. Penyertaan terbuka kepada individu atau berkumpulan. Sesebuah kumpulan yang dibenarkan hendaklah tidak melebihi 3 orang ahli kumpulan.

4. Karya mestilah belum pernah disiarkan atau diterbitkan oleh mana-mana penerbitan.

5. Karya haruslah menepati ciri-ciri genre novel cereka sains dan teknologi.

6. Peserta boleh menghantar seberapa banyak karya. Tiada had penyertaan sama ada bagi peserta individu atau berkumpulan.

7. Peserta dikehendaki memberikan maklumat dan butiran diri dengan mengisi borang penyertaan yang boleh dimuat turun daripada laman web .... atau diakhbar rasmi. Tidak dibenarkan mencatat sebarang maklumat, sama ada ditulis atau dicetak, pada mana-mana halaman manuskrip.

8. Peserta hendaklah menyertakan 2 keping gambar berukuran passpot bersama penyertaan.

9. Karya haruslah ditaip kemas, langkau 2 baris dengan font jenis Garamond bersaiz 14 poin diatas kertas putih bersaiz A4. Kepanjangan karya mestilah tidak kurang daripada 150 halaman.

10. Manuskrip mestilah dijilid dengan kemas, menggunakan jilid sikat dan diberi kulit plastik, depan dan belakang. Judul yang jelas mestilah dicetak pada halaman pertama manuskrip. Manuskrip yang telah diterima untuk bertanding tidak akan dipulangkan kepada penulis.

11. Karya yang menyertai sayembara ini, tidak dibenarkan menyertai mana-mana sayembara yang seumpamanya sehingga keputusan penuh pemenang diumumkan secara rasmi.

12. Karya yang telah menyertai sayembara ini tidak dibenarkan diterbitkan oleh mana-mana pihak sebelum keputusan penuh pemenang diumumkan secara rasmi.

13. Keputusan panel hakim adalah muktamad.

14. Penganjur mempunyai hak pertama untuk menerbitkan karya yang terpilih.

15. Sebarang penyertaan hendaklah diterima oleh penganjur sebelum atau pada 30 November 2008. Semua penyertaan akan diberi tanda terima.

16. Penyertaan yang tidak memenuhi atau melanggar syarat sayembara akan ditolak.

17. Manuskrip lengkap berserta borang penyertaan yang sudah diisi hendaklah dikirim ke alamt yang berikut:

Sekretariat
Sayembara Novel Cereka Fiksyen Sains & Teknologi
Penerbit UTM
34 – 38 Jalan Kebudayaan 1
81300 Skudai
Johor Darul Takzim
U/P : En. Yosman Mohd. Bain
e-mel : yosman@utm.my

[+] Baca Selanjutnya

Sunday, March 2, 2008

Sayembara Puisi Maghribi 2008 (SEMPURI 08)

SEDANG BERLANGSUNG, JULUNG-JULUNG KALINYA
SAYEMBARA PUISI UNTUK PELAJAR-PELAJAR LUAR NEGARA DI MAGHRIBI



















Ini hanya hebahan. Untuk entri sila skrol ke bawah


1.0 PENGENALAN

Sayembara Puisi Maghribi 2008 merupakan sayembara yang pertama kali diadakan oleh Grup Karyawan Luar Negara (GKLN) untuk pelajar-pelajar Malaysia di Maghribi. Grup Karyawan Luar Negara merupakan sebuah grup yang diwujudkan untuk para pelajar Malaysia yang menuntut di serata dunia, luar dari negara Malaysia. Menyedari tentang kepentingan dan keperihatinan terhadap bidang sastera, grup ini sedikit demi sedikit mampu menarik minat para mahasiswa dan mahasiswi Maghribi dalam bidang ini. Menerusi sayembara ini, ia menekankan genre penulisan puisi dan seterusnya membawa tema Islami bagi keduanya. Melalui usaha ini, bertepatan dengan bidang Pengajian Islam yang didalami oleh kebanyakan pelajar, diharapkan dapat membantu dalam mempertingkat penghayatan juga kesedaran dari aspek kerohanian dan Islam. Pendedahan terhadap bidang sastera ini merupakan titik tolak baru untuk para pelajar, sekaligus mempertajam potensi dan bakat ke arah yang lebih tinggi.

2.0 OBJEKTIF

Terdapat beberapa objektif yang dihasratkan melalui Sayembara Puisi Maghribi 2008 ini :-

2.1- Memperkenalkan bidang sastera dalam menyampaikan mesej dakwah yang dibawa disamping meningkatkan kekuatan dalam penghayatan dalam aspek keagamaan menerusi puisi yang dibawa.

2.2- Mendedahkan kepada para pelajar dalam penglibatan bidang sastera bukan sahaja pada segi potensi dan bakat tetapi penting dalam penjanaan pemikiran diri sendiri dan masyarakat khususnya tentang isu-isu semasa umat Islam.

2.3- Memperluaskan ruang lingkup yang dipelajari iaitu bukan sahaja dengan hanya membaca tetapi diaplikasi dalam bidang penulisan.

2.4- Memberi peluang kepada para pelajar untuk mengetengahkan minat yang sedia ada ke arah sistem yang lebih tersusun dan mencungkil bakat yang sedia ada.

2.5- Memperkenalkan para penulis baru dari kalangan pelajar Malaysia di Maghribi ke arah peringkat yang lebih tinggi samada dikalangan penulis-penulis di Malaysia atau arus perdana.

3.0 PELAKSANAAN

3.1- Syarat-syarat penyertaan

3.1.1- Sayembara ini terbuka kepada semua Mahasiswa Malaysia yang menuntut di Maghribi

3.1.2- Untuk setiap karya mestilah sesuai dengan tema umum iaitu kemurnian agama Islam dan tiada tema khusus ditetapkan.Karya-karya boleh menyentuh bidang sepeti dakwah dan tarbiyah,kritikan sosial,isu-isu semasa dunia Islam, kekacauan ekonomi negara-negara Islam, keamanan dan kezaliman khususnya yang melanda negara-negara Islam, sejarah Islam, ketamadunan kerajaan Islam, kemajuan umat Islam di masa hadapan samada dari aspek sains dan teknologi dan aspek-aspek lain yang berkaitan

3.1.3- Setiap peserta bebas menghantar bilangan puisi namun hanya satu hadiah sahaja layak dimenangi oleh setiap peserta. Hadiah ditawarkan untuk tempat Pertama, Kedua, dan Ketiga serta dua hadiah saguhati.

3.1.4- Setiap karya puisi hendaklah merupakan hasil penulisan asli dan belum pernah disiarkan oleh mana-mana bahan cetakan dan belum pernah menyertai sebarang peraduan lain dan tidak pernah disiarkan di mana-mana blog. Karya ciplak, plagiat atau terjemahan tidak akan diterima.

3.1.5- Setiap karya yang dihantar tidak akan dipulangkan dan pihak penganjur berhak memanjangkan karya tersebut ke peringkat lebih tinggi dengan izin penulis dan hak cipta karya tetap di tangan penulis.

3.1.6- Tarikh tutup penyertaan adalah pada 27 Februari 2007.


3.2- Kaedah pelaksanaan 3.2.1- Sebagai menghebahkan Sayembara Puisi Maghribi 2008 ini, iklan akan disebarkan menerusi komuniti YahooGroups PMMM.

3.2.2- Segala pertanyaan yang berkaitan tentang sayembara ini dan penghantaran karya bolehlah merujuk emel yang diberikan. (rujuk 3.3.2)

3.2.3- Menjelang tarikh tutup penyertaan, kesemua manuskrip karya yang diterima akan dihantar kepada panel-panel hakim yang akan dilantik.

3.2.4- Keputusan yang akan dinilai dan kemudian akan diumumkan di YahooGroups PMMM dan weblog GKLN. Penyampaian hadiah akan dimaklumkan kemudian.

3.3 Penyertaan

3.3.1 Puisi – Tajuk adalah bebas dan bertema islami

Mengikut format puisi yang ditetapkan dan mematuhi hukum Bahasa Melayu
1)Tajuk puisi
2) Nama pena (jika ada)
3) Isi puisi

3.3.2 Setiap penyertaan hendaklah dihantar kepada nama berikut sebelum tarikh tutup 27 Februari 2007
Ainaa Mardhiah Suhaimi ( ainaazikri@yahoo.com )
Khadijah Khalilah Abdul Rashid (khadijahkhalilah@yahoo.com )

3.3.3 Setiap peserta dikehendaki melengkapkan butir-butir diri di bawah :

Nama penuh :
Nama pena (jika ada) :
Nombor kad pengenalan ( Malaysia ):
Bidang pengajian :
Nama universiti :

4.0 PENUTUP

Semoga Sayembara Puisi Maghribi 2008 ini mendapat sokongan dan sambutan yang menggalakkan dari setiap pelajar Malaysia yang menuntut di Maghribi dan seterusnya dapat merealisasikan objektif yang digariskan. Diharap agar bidang sastera ini mendapat tempat bagi pihak sasaran bukan sahaja masa ini tetapi untuk masa akan datang.

[+] Baca Selanjutnya

Thursday, November 29, 2007

Hadiah Sastera Grup Karyawan Luar Negara 2007/2008












Pengenalan

Hadiah Sastera Grup Karyawan Luar Negara (HS-GKLN) merupakan usaha terkini Grup Karyawan Luar Negara dalam melahirkan penulis-penulis lepasan luar negara yang lebih prolifik dan kompetitif khasnya dalam media cetak arus perdana. HS-GKLN asalnya dicetuskan sebagai pendekatan baru bagi menggantikan Hadiah Galakan Sastera Grup Karyawan Luar Negara (HGS) yang pernah dicadangkan sebelum ini bagi sesi 2005-2007. Atas beberapa halangan yang timbul sepanjang proses penilaian HGS, format hadiah tersebut terpaksa dipinda dan diberi nama baru sebagai HS-GKLN.

Sebelum ini, HGS dinilai berdasarkan karya-karya yang disiar di yahoogroups GKLN sepanjang tempoh penilaian (2005-2007). Hal ini menimbulkan kerumitan apabila terdapat segilintir ahli GKLN yang menghantar karya yang sama dalam versi yang berbeza setelah dibuat suntingan sekaligus menyukarkan urusetia menentukan karya manakah yang sepatutnya dinilai untuk hadiah. Dalam masa yang sama, kebanyakan karya yang dikongsi di yahoogroups GKLN adalah bertujuan untuk diulas dan kebanyakannya ‘karya mentah’ yang belum disunting. Keadaan ini bakal merendahkan kualiti karya-karya yang akan dinilai untuk HGS.

Sebagai alternatif, HS-GKLN akan dilancarkan serta dijadikan hadiah tahunan (tertakluk kepada pindaan oleh Sekretariat GKLN)

Hadiah Sastera GKLN

1) Hadiah ini terbuka kepada ahli Grup Karyawan Luar Negara yang mencukupi syarat-syarat seperti berikut:

a) Pernah menyumbang karya/ tulisan/ ulasan/ berita dan sebagainya di yahoogroups GKLN.
b) Masih dalam program ‘undergraduate’ di luar negara dan berusia kurang daripada 30 tahun sewaktu karya tersiar di media cetak.
c) Ahli-ahli yang megikuti program ‘twinning’ tetap layak menyertai walaupun telah kembali ke tanah air selagi belum selesai pengajian ‘undergraduate’ dan berusia kurang 30 tahun sewaktu karya tersiar di media cetak.
d) Mengikuti pengajian ‘undergraduate’ di negara-negara yang diliputi oleh GKLN seperti :

-England,
-Scotland,
-Wales,
-Northern Ireland,
-Ireland,
-US,
-Morocco,
-Rusia,
-Australia,
-New Zealand,
-India,
-Indonesia
-Jepun


Bagi negara-negara yang tidak disebutkan bolehlah dirujuk kepada urusetia untuk pengesahan.


2) Karya-karya yang dinilai untuk HS-GKLN wajib menepati syarat-syarat berikut
a) Karya tersebut hendaklah pernah disiarkan di mana-mana media cetak sama ada dalam bentuk akhbar, majalah, jurnal, mahupun buku. Buletin tidak berdaftar tidak diterima (rujuk sekretariat HS-GKLN untuk keterangan lanjut)
b) Karya tersebut telah disiarkan dalam tempoh penilaian dibuat. Untuk HS-GKLN yang Pertama (2006-2007), karya-karya yang akan dinilai adalah dari tempoh 1 Januari 2006 sehingga 31 Disember 2007. Walaubagaimanapun, Sekretariat HS-GKLN berhak meminda tarikh tersebut pada bila-bila masa.
c) Karya tersebut tidak pernah memenangi sebarang pertandingan/ sayembara/ hadiah sastera sebelum keputusan rasmi HS-GKLN diumumkan.

3) Mereka yang layak, bolehlah menghantarkan karya kepada sekretariat Hadiah Sastera GKLN sebelum tarikh tutup.15 Januari 2007. Karya yang lewat tidak akan dilayan.

4) Peserta boleh menghantar seberapa banyak penyertaan yang boleh. Tetapi hanya satu hadiah bagi setiap kategori sahaja yang layak diterima oleh seorang peserta.

5) Karya yang berjaya akan dikumpulkan oleh GKLN untuk penerbitan.

6) Bersama penyertaan karya, sertakan butiran berikut kepada puisieire@yahoo.com :
a) Nama Penuh
b) Nama Pena
c) Tarikh Lahir
d) Alamat di luar negara
e) Alamat di Malaysia
f) Tempat Pengajian
g) Jurusan dan tahun mula mengikuti jurusan tersebut
h) No Telefon di luar Negara
i) no telefon di Malaysia.


7) Kepada penulis-penulis antologi Wilayah Cinta, Jalan Jauh Ke Ramallah, dan Al Andalus Menangis, hanya 2 karya anda dari setiap antologi tersebut layak untuk dinilai dalam HS-GKLN. Sila maklumkan kepada sekretariat judul karya yang ingin dinilai, berserta maklumat peribadi seperti yang tertera di poin (6)

8) Dua kategori akan dinilai iaitu Kategori Puisi Eceran dan Kategori Cerpen Eceran. 5 karya untuk setiap kategori akan dipilih untuk diberi hadiah.

9) Walaubagaimanapun segala syarat dan hadiah tertakluk kepada pindaan, oleh sekretariat HS-GKLN. Diingatkan kepada ahli GKLN, keberlangsungan HS-GKLN bergantung kepada sambutan yang diberi oleh para ahli. Sekiranya didapati penyertaan ahli dan jumlah karya dinilai tidak memuaskan/ kurang dari sasaran maka urusetia HS-GKLN berhak meminda jumlah hadiah atau menangguhkan ke tahun yang akan datang.

[+] Baca Selanjutnya

Saturday, November 24, 2007

Ulasan Hakim- Sayembara Puisi Berunsur Islam 2005

Oleh SHAMSUDIN OTHMAN(M.A, B.A (UM, Kuala Lumpur))

LAPORAN KEPUTUSAN SAYEMBARA PUISI BERUNSUR ISLAM IRELAND 2005



Pertandingan julung kali ini mendapat sambutan yang amat menggalakkan jika diukur daripada aliran akademik. Sebanyak 28 penyertaan telah diterima oleh panel yang rata-ratanya menulis sajak berdasarkan tema yang telah ditetapkan oleh penganjur. Syabas dan tahniah kepada penganjur yang sangguh mengorbankan masa dan mencari penajaan demi minat juga perjuangan yang terlalu abstrak balasannya.

Semua sajak yang sampai ke tangan panel adalah sajak-sajak yang berjaya memenuhi kriteria tema dan persoalan iaitu menjadikan Islam sebagai teras pemikiran dan idea. Cuma apa yang menjadi kelemahan dalam sebahagian besar sajak ialah peserta tidak menampakan konsep Islam yang jelas. Kalau ada pun bukannya falsafah sebaliknya seperti penyalinan semula atau terjemahan daripada teks (Al-Quran, hadis, kitab hikam, dan kitab-kitab rujukan agama) sebelum ini. Ini menunjukkan kematangan mengolah juga memindahkan idea ke dalam bentuk sajak amat tidak dikuasai. Peserta tidak menyungguhkan penggunaan gaya bahasa puisi seperti metafora, personifikasi, hiperbola, atau lain-lainnya. Hal ini berlaku mungkin diseababkan oleh faktor keterbatasan masa atau tidak mempunyai ilmu bantu. Aliran akademik sains atau sebagainya bukan alasan berlakunya kelemahan ini kerana penulis yang baik ialah mereka yang dapat merentasi seluruh bidang ilmu.

Konsep asas sajak ialah himpunan kata-kata terbaik dalam bentuk dan pemikiran yang terbaik. Oleh itu, kewajaran mengupayakan daya cipta tidak ditemui dalam sebahagian besar sajak-sajak yang menyertai pertandingan ini. Oleh itu, setelah mempertimbangkan penelahaan/ pembacaan/ penyaringan, panel telah mengambil keputusan untuk membuat penilaian dari aspek;

1. persepsi pemikiran (estetik idea)
2. gaya bahasa puisi.

Oleh itu, keputusan sayembara itu seperti berikut;

Pertama : M 001 – Lambaian Kaabah
Zulaikha Mohamed Khazin, 1st Year UCD

Kedua : N 001 – Bila Jiwa Mengingati Mati
Mardiah Masharudin, 5th Year NUIG

Ketiga : F 001 – Kantung Derita Manusia
Aimi Rahayu Abdul Rashid, 1st Year UCC

Saguhati 1 : J 001 – Dia Yang Tiada Empunya Nama
Khairiah Jaafar, 1st Year RCSI

2 : I 001 – Berteduh di Bawah Hujan.
Noor Asriah Safian, 2nd Year RCSI


Sajak “Lambaian Kaabah” dilihat menepati kriteria kerana berupaya menjelmakan keinsafan ketika berada dalam sebuah dunia baru. Diksi ‘istana agung/ lambaian Kaabah/ segararan zam-zam dan Arafah’ merupakan tautan makna yang segar. Inilah bentuk kesatuan idea dalam pencernaan gaya bahasa sajak.

Sajak “Bila Jiwa Mengingati Mati” merupakan pernyataan keinsafan diri yang lain iaitu persediaan menuju negeri abadi. Rangkap terakhir mempunyai kekuatan tersendiri tetapi sayangnya dua rangkap sebelum itu agak longgar dan terlalu klise sifatnya.

Sajak “Kantung Derita Manusia” bertolak daripada gaya bahasa sajak yang kental tetapi tidak mempunyai kesatuan idea dengan konsep Islami. Penyajak tidak berhati-hati mengupas falsafah keinsafan seperti yang digambarkan secara tersirat dalam rangkap pertama dan kedua. Ketidakseimbangan ini menyebabkan tahap kesegaran sajak ini menurun pada akhirnya.

Dua sajak yang dipilih sebagai pemenang saguhati ialah sajak “Dia yang Tiada Empunya Nama” dan Berteduh di Bawah Hujan. Kedua-dua sajak ini berjaya mengupayakan persoalan keimanan dalam hubungan harizontal dan vartikal. Sayangnya, sajak ini tidak diikat dengan gaya bahasa sajak seperti yang diterangkan pada awal laporan ini.

Tahniah atas usaha yang bermakna ini dan moga ALLAH SWT membalasnya dengan penuh kerahmatan dan kemenangan mengejar cita-cita.

Sekian dan wassalam.

1.43 am
10 Zulkaedah 1426
12 Disember 2005

[+] Baca Selanjutnya

ULASAN HAKIM- SAYEMBARA PUISI BERUNSUR ISLAM IRELAND-UK II 2006

Oleh: Nasriah Abdul Salam dan Nimoiz TY

Ulasan Hakim ____________________


Rasulullah tidak pernah menghalang umatnya bergiat dalam seni sastera termasuklah syair dan puisi. Baginda pernah bersabda:"Sesungguhnya diantara syair itu ada hikmah". Diceritakan, baginda sendiri pernah mendengar secara tekun syair cinta Ka'ab bin Zuhair iaitu " Baanat Su'aadu" selain syair "An-Nabighah Al-Ja'di". Daripada Ali Karramallah Wajhah, terdapat ramai para sahabat yang pakar dalam syair. Penguasaan bahasa berseni mereka mantap. Selain itu, terdapat ramai juga ulama' muktabar yang pandai bersyair termasuklah Imam Muhammad bin Idris Asy-Syafi'i (Imam Asy-Syafi'i) dan Abdullah bin Mubarak. Justeru, usaha murni PPIMI dan GLKN mengadakan Sayembara Puisi Berunsur Islam Ireland-Uk II 2006 khusus untuk pelajar Malaysia yang menuntut di Ireland dan United Kingdom haruslah disokong.

Secara keseluruhannya, puisi yang diterima untuk Sayembara Puisi Berunsur Islam Ireland-Uk II 2006 ini menepati tema yang ditetapkan penganjur iaitu Islam serta mencerminkan kemurnian agama Islam itu sendiri. Suara religius peserta yang menyertai sayembara terpantul pada susunan bait-bait kalimat yang memberi kesan rohaniah kepada pembaca. Sudah menjadi tanggungjawab penulis (baca penyair) untuk membetulkan kembali tanggapan barat kepada Islam. Apabila disebut Islam, ia sering dikaitkan dengan tindakan ektrem yang melampau. Sedangkan agama Islam itu syumul dan sempurna, seperti Firman Allah S.W.T yang bermaksud: "Sesungguhnya agama (cara hidup) yang diredhai di sisi Allah hanyalah Islam."

Daripada pengamatan panel hakim, rata-rata penyair mampu mengungkapkan idea berasaskan tema islam dengan mantap dan bertenaga. Kesan rohaniah begitu tinggi dan memberi kesan estetik yang begitu efektif. Dalam puisi "Perjalanan Mencari Pelangi" misalnya, penulis mengungkapkan:


Kepul-kepul hitam ialah kumpulan awan resah yang menghempapv kedinginan petang,
Siulan angin menderu bagaikan satu salakan panjang yang merayu
Bukankah dulu pernah diperingat?
Satu waktu akan memutar, satu waktu akan tersasar,
Dan tatkala jasad baru terasa dihembus roh,
Tergigil sendiri di hadapan cermin berhabuk yang sudah lama tidak disentuh
Cuba mengintai di sebalik topeng usang yang retak
Mana diriku inginku lihat?
Dan bila cermin sembahkan bayangan satu lohong hitam yang pekat
Jelas itulah diriku yang kulihat
Dan dengan serta-merta dunia menjadi amat sunyi
Walhal keliling berantai manusia mata bercahaya

Dan aku masih berdiri disini mengenggam peta
Setapak langkahku tak pasti ke kiri, kanan, hadapan atau pun belakang?
Merenung langit kuharapkan suluhan berterusan
Yang kudapat hanya cahaya yang berbalam-balam?!
Syaitan pun membisik, Nafsuku pantas mahu berhelah
Berhenti! Jangan pantas kau tuding langit!

Tudinglah pada lidah yang kontang dengan zikrullah,
Yang kenyang dengan hasil daging saudaramu
Tudinglah pada hati yang gersang tanahnya tak dibaja nur Iman
Yang sengaja kau biar mengeras dan menghitam
Tudinglah pada serapah syaitan yang kau biar berdengung di setiap celahan
nadi
Tudinglah pada mata separa buta dari menghadap ayat-ayat suci Tuhanmu
Tudinglah pada dahi yang tidak akrab dengan bumi
Tudinglah pada diri!
Jangan pantas kau tuding Ilahi!

Lalu dengan kaki yang berat dan jiwa separuh dirawat,
Teruskan melangkah menjejak ekor cahaya yang tersisa tadi
Tinggalkanlah satu lagi bekas di tapak perjalanan hidup ini
Tinggalkanlah langit petang tadi
Dan di hatiku masih berharap di hadapan bertemu pelangi...


Dalam puisi ini, penyair berjaya mengeksploitasi diksi bagi melahirkan sebuah cipta seni yang hebat. Penyair pandai mengaplikasi teknik anafora bagi memberikan kesan estetika pada puisi. Hal ini ketara pada rangkap keempat dan kelima (perkataan tudinglah dan tinggalkanlah). Setiap perkara yang berlaku memang dalam qada' dan qadar Allah. Bagaimanapun, kita tidak boleh menyalahkan Allah (Berhenti! Jangan pantas kau tuding langit!). Tetapi kita mestilah muhasabah diri dengan kembali kepada akar diri. Masing-masing perlulah memeriksa keimanan dan ketakwaan dengan merenung kembali pada lidah, hati, serapah syaitan, mata dan dahi. Puisi ini diakhiri dengan harapan agar bertemu dengan pelangi, simbolisme kepada nur keimanan atau mungkin kejayaan yang berwarna-warni.

Selain susunan bait-bait perkataan yang segar, pengucapan puisi yang berseni juga dapat diketemui dalam puisi lain yang diterima penganjur. Pemilihan diksi yang tepat dan mantap memberi kesan rohani yang tinggi kepada pembaca. Unsur-unsur kesenian yang dianyam dengan sentuhan kreativiti menjadikan pengucapan puisi begitu luhur dan bening. Bergerak dari satu babak ke satu babak yang tenang dan syahdu. Dalam puisi berjudul "Fenomena 1: Celikkan Mata, Terbanglah ke Seluruh Pelosok Dunia!" penyair menulis:


Roh-roh anak muda, merontalah, menggeleparlah
tendanglah mata-mata pada jasad yang memenjara
biar ia luas terbuka
dan kalian bebas beterbangan ke setiap inci dunia


Judul puisi ini sahaja sudah mengajak kita semua untuk membuka mata seluas-luasnya. Sekaligus mengajak kita semua terbang ke seluruh alam dan menyaksikan sendiri apa yang berlaku. Soalnya sekarang? Adakah semua orang berfikir secara luhur begitu? Tugas ini sememangnya menjadi tanggungjawab semua.

Kisah kontemporari dunia yang bergolak turut disentuh oleh mata pena Sakinah binti Md.Rifin dengan puisi yang bertajuk " Tarian Maut Duniawi." Diksi segar yang menyiratkan makna-makna tertentu telah menampilkan perasaan jelik pengarang terhadap peperangan dan kekejaman Israel dengan mengekalkan keharmonian bahasa dalam puisinya. Penggunaan beberapa diksi yang bernada 'sayu' wajar diberi pujian dalam menarik ihsan pembaca terhadap wanita dan kanak-kanak mangsa kekejaman Israel dengan menggunakan beberapa diksi tertentu, contohnya;


Usah diharap lagi ihsan yang takkan berbalas,
Kerana kau mencipta hening di bintang mata,
Apabila mengerdip kau terpukau kelayuan,
Untuk merengkuh sinarnya yang makin malap,


Harapan untuk melihat maruah Islam kembali bersinar dalam "Dunia baru Islam (nota buat si taghut dan mujahid yang melawannya" diadun dengan semangat jihad dan berjaya membangkitkan kebencian pembaca muslim terhadap golongan kuffar yang sering menindas umat Islam. Diksi-diksi seperti Saat rakusmu ditunggang dan Iblis, saudaramu yang sejati membawa pengertian bahawa penulis sedang meluahkan kebencian dengan berani.

Bahkan, itulah antara maksud penciptaan puisi itu sendiri, iaitu melantunkan perasaan benci, marah, gembira, sedih dan sebagainya dengan berwakilkan diksi-diksi secara harmoni.

Tema yang dibawa oleh Nurin Mazaya binti Zulkifli dalam "Janji Tuhan Itu Pasti" turut mengadunkan keluhan penyair terhadap penindasan kuffar terhadap umat Islam yand diakhiri dengan pengharapan agar maruah Islam dimartabatkan kembali. Sentuhan beberapa penggunaan diksi yang seolah-olah memberi saranan kepada pembaca agar melaksanakan tingkah tertentu biarpun Allah sudah menjanjikan kemenangan terhadap umat Islam.

Saranan seperti 'melihat dunia dengan kaca mata iman dengan ilmu kebenaran' wajar dihayati oleh semua agar harapan yang dipanjatkan bersama janji Allah dapat dicapai tatkala melihat panji hijau kembali berkibar bersama angin timur.

Secara keseluruhanya, panel hakim berpuas hati dengan karya peserta. Namun sedikit yang meresahkan, kesemua kemenangan didominasi oleh penulis wanita. Dari sisi lain (sedikit komentar pihak hakim), kebanyakan puisi yang diterima adalah terlalu panjang sehingga menjejaskan nilai estetika. Tip kepada semua, semakin panjang sesuatu puisi, maka semakin banyak kesalahan-kesalahan yang mungkin berlaku. Sebaik-baiknya, buatlah saringan dengan teliti. Cantas perkataan dan baris serta rangkap yang tidak perlu.

Sebagai kesimpulannya, diperturunkan petikan tulisan Prof. Dr. Yusof Al-Qardhawi dalam bukunya Seni & Hiburan dalam Islam yang berbunyi: Tidak diragukan lagi bahawa seni mirip dengan ilmu pengetahuan yang dapat dipergunakan untuk kebaikan dan pembangunan atau boleh juga dimanfaatkan untuk kejahatan dan kerosakan, dan di sinilah letak permasalahannya. Seni merupakan media untuk mencapai suatu tujuan itu sendiri. Jika digunakan dalam urusan halal hukumnya halal dan jika digunakan untuk urusan haram hukumnya haram.

Semoga usaha murni PPIMI dan GLKN akan diteruskan pada masa-masa akan datang bagi mengangkat darjat seni berteraskan ciri-ciri keislaman. Umat manusia memerlukan kepada pentarbiyahan jiwa bagi memupuk kesedaran rohani. Tahniah kepada semua semua yang menyertai. Semoga usaha ini akan menambahkan lagi bilangan penulis muda dari kalangan profesional.


Tahniah kepada semua pemenang.



PANEL HAKIM

Nasriah Abdul Salam
Nimoiz TY



_________________________________________________________________________

Keputusan


Pertama:
Perjalanan Mencari Pelangi (Nur Adilah Zarin, RCSI)

Kedua:
Fenomena 1: Celikkan Mata, Terbanglah ke Seluruh Pelosok Dunia! (Adibah Abdullah, UNI OF MANCHESTER)

Ketiga:
Tarian Maut Duniawi (Sakinah binti Md.Rifin, UNIV COLLEGE DUBLIN)


Saguhati:
1. Dunia Baru Islam (Huda Kamarudin, RCSI)

2. Janji Tuhan Itu Pasti (Nurin Mazaya binti Zulkifli, SOUTHAMPTON)




HAKIM-HAKIM SAYEMBARA.
1) NASRIAH ABDUL SALAM
2) NIMOIZ TY


PROFIL NASRIAH ABDUL SALAM


NAS123
Originally uploaded by karyawan.
Nama penuh Nasriah Abdul Salam ialah Khairunnasriah Binti Abdul Salam. Selain itu juga, Nasriah Abdul Salam turut dikenali sebagai Nasa_natrah dalam laman komuniti esastera.com. Merupakan Mantan Minggu Penulis Remaja 2005, dilahirkan pada 2 Ogos 1983 (23 Syawal 1402H) di Kampung Pulau Gajah, Kota Bharu.

Mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Pulau Gajah. Meneruskan persekolahan menengah di Sekolah Menengah Ugama (Arab) Maahad Muhammadi Perempuan, Kota Bharu. Kini, Nasriah Abdul Salam sedang menekuni bidang Undang-undang di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Gombak.

Mula meminati bidang puisi dan penulisan sejak sekolah rendah dan aktif dalam bidang penulisan sewaktu di bangku sekolah menengah. Tetapi, mula menghantar karya kepada editor dan penerbitan pada tahun 2003.

Puisi merupakan genre yang paling digemarinya dengan menyaduri gagasan ketuhanan dan kemanusiaan. Menjadikan Allahyarham Usman Awang, Pak A.Samad Said dan Lim Swee Tin sebagai cermin inspirasi dan pencucuh minat dalam berkarya.

Karya-karya Nasriah Abdul Salam pernah tersiar dalam majalah-majalah terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka, Galeri Ilmu, Kumpulan Karangkraf, Moy Publication serta buletin-buletin tempatan. Nasriah Abdul Salam boleh dihubungi di nasriah_salam@yahoo.com (YM messenger).



PROFIL NIMOIZ TY

NimoizBest
Originally uploaded by karyawan.
Nimoiz TY merupakan akronim kepada Nik Mohd Iznan Tuan Yaakub. Dilahirkan pada 11 April 1983 di Kg Gual Ipoh, Tanah Merah, Kelantan. Kini beliau berkhidmat sebagai pensyarah di Jabatan Kejuruteraan Awam, Politeknik Mukah.

Dalam penulisan, telah menghasilkan lebih 500 buah sajak, yang mana 100 daripadanya terhimpun dalam kumpulan puisi persendirian 'Jalan Baru'. Karya-karya beliau tersiar di Berita Minggu, Mingguan Malaysia, Utusan Malaysia, Pentas Dunia, Pelita Bahasa, Dewan Bahasa, Dewan Sastera, Dewan Budaya, Tunas Cipta, Dewan Siswa, Dewan Agama dan Falsafah, Majalah I, Sarina, Remaja, URTV, Metro Ahad, Mingguan Wanita, Seri Dewi dan Keluarga, Majalah Noor (Indonesia), Masa, Forum Perdana dan lain-lain. Turut dibukukan dalam APAS, Sajen,Salju Jabal Musa, Hostel, Selagi Ombak Mengejar Pantai 8, Bayi Kota Berahi, dan Tunas Jiwa.

Beliau merupakan mantan MPR 2004, dan penyandang Anugerah Penyair Alam Siber sebanyak tiga kali (2003, 2004, 2006). Turut memenangi Hadiah Puisi dan Cereka Sains Karyanet dua kali berturut (2004 dan 2005), Anugerah Novelis Alam Siber, dan Hadiah Puisi Merdeka KUiTTHO.

Turut menjadi ahli Gabungan Penulis Muda Kelantan (GEMA), sekretariat Alumni MPR-DBP, dan Persatuan Penulis Kelantan (PPK).

[+] Baca Selanjutnya

SAYEMBARA PUISI BERUNSUR ISLAM IRELAND-UK II 2006

PERSATUAN PELAJAR ISLAM MALAYSIA IRELAND (PPIMI) DENGAN KERJASAMA GRUP KARYAWAN LUAR NEGARA (GKLN) SEKALI MENERUSKAN SAYEMBARA PUISI BERUNSUR ISLAM IRELAND-UK II 2006 SEBAGAI MENERUSKAN AKTIVITI YANG DIMULAKAN SEJAK TAHUN 2005. SAYEMBARA KALI INI TERBUKA KEPADA SEMUA PELAJAR MALAYDIA YANG MENUNTUT DI IRELAND DAN UNITED KINGDOM. SAYEMBARA INI DIADAKAN YANG ANTARA LAIN TUJUANNYA ADALAH UNTUK MENINGKATKAN PENGHAYATAN MASYARAKAT ISLAM KHUSUSNYA DI KALANGAN PELAJAR MALAYSIA DALAM ASPEK KEROHANIAN DAN HAL EHWAL ISLAM SEMASA DI SAMPING MEWUJUDKAN RUANG PENGLIBATAN DALAM BIDANG PENULISAN DAN KESUSASTERAAN.

Ireland flag-clover copy Originally uploaded by GKLN.



Syarat-syarat Penyertaan
• Sayembara ini terbuka kepada semua pelajar/bekas pelajar Malaysia yang sedang menuntut atau masih berada di Ireland dan United Kingdom.

• Setiap puisi yang dihantar hendaklah bertemakan Islam serta mencerminkan kemurnian agama Islam itu sendiri. Tema sayembara puisi adalah “Dunia Baru Islam”. Puisi-puisi boleh menyentuh mana-mana aspek perjuangan menegakkan syiar Islam, dakwah dan tarbiyah, kritikan sosial dan sikap umat silam, isu-isu semasa dunia Islam, kocak politik dan ekonomi negara-negara Islam, keamanan/ kezaliman khususnya yang melanda negara-negara Islam seperti Iraq dan Palestin, sejarah-sejarah Islam, ketamadunan kerajaan-kerajaan Islam silam, dan lain-lain yang bersesuaian, perkembangan/harapan terhadap kemajuan umat Islam di masa hadapan, aspek sains dan teknologi yang membabitkan umat Islam, dan lain-lain aspek yang berkaitan dengan tema tersebut.

• Setiap peserta bebas menghantar bilangan puisi berunsur Islam namun hanya satu hadiah sahaja layak dimenangi oleh setiap peserta. Hadiah ditawarkan untuk tempat Pertama, Kedua, dan Ketiga serta dua hadiah saguhati.

• Bilangan rangkap dan baris bagi puisi adalah bebas, tetapi hendaklah melebihi sepuluh baris.

• Hasil karya hendaklah asli (bukan saduran atau terjemahan), belum pernah tersiar atau diterbitkan di mana-mana media cetak dan belum pernah menyertai sebarang peraduan lain.

• Setiap karya yang dihantar tidak akan dipulangkan dan pihak penganjur berhak menyiarkan karya tersebut (di buletin dan majalah) tanpa perlu izin rasmi penulis, namun hak cipta karya tetap di tangan penulis.

• Tarikh tutup penyertaan adalah pada 1 Disember 2005.

• Sebarang pertanyaan lanjut dan penyertaan bolehlah di emel ke puisieire@yahoo.com atau hubungi 0857084678. Setiap penyertaan perlu disertakan dengan butir diri lengkap (Nama, tarikh lahir, kolej dan jurusan, tahun pengajian, alamat (Ireland/UK) dan no telefon bimbit (Ireland/UK).

• Majlis penyampaian hadiah akan diadakan semasa program Perhimpunan Ukhwah Insaniah Seluruh Ireland (PUISI) pada bulan Disember 2006 nanti. Hanya pemenang yang hadir sahaja akan diberikan hadiah (atau menghantar wakil dari kawasan yang sama. Contoh: peserta dari Southampton perlu sekurang-kurangnya menghantar wakil dari Southampton).

[+] Baca Selanjutnya

SAYEMBARA PUISI BERUNSUR ISLAM IRELAND-UK 2005

SAYEMBARA PUISI BERUNSUR ISLAM IRELAND 2005

Bermula dari September hingga Disember 2005, Grup Karyawan Luar Negara (ketika itu dikenali sebagai Grup Karyawan Ireland) dengan kerjasama Persatuan Pelajar Islam Malaysia Ireland telah menganjurkan Sayembara Menulis Puisi Berunsur Islam Ireland. Sayembara tersebut diadakan bagi memberi pendedahan dan galakan kepada pelajar-pelajar di Ireland dan United Kingdom untuk bergiat dalam dunia penulisan di samping meningkatkan penghayatan dan pengamalan Islam sesama pelajar.

Lebih bermakna lagi, sayembara tersebut telah mendapat sokongan daripada penulis mapan, Encik Shamsudin Othman, yang bertanggungjawab sebagai hakim. Sebanyak 28 buah puisi daripada 14 orang peserta seluruh UK dan Ireland telah diterima oleh pihak penganjur.Majlis penyampaian hadiah telah diadakan sewaktu Program Perhimpunan Ukhwah Insaniah Seluruh Ireland di Waterford, Ireland di hadapan lebih 100 orang peserta. Majlis tersebut telah disempurnakan oleh saudara Khamizi Aziz, Presiden PPIMI 2005.

Berikut ialah senarai para pemenang:

Pertama : M 001 – Lambaian Kaabah

Zulaikha Mohamed Khazin, 1st Year UCD


Kedua : N 001 – Bila Jiwa Mengingati Mati

Mardiah Masharudin, 5th Year NUIG


Ketiga : F 001 – Kantung Derita Manusia

Aimi Rahayu Abdul Rashid, 1st Year UCC


Saguhati 1 : J 001 – Dia Yang Tiada Empunya Nama

Khairiah Jaafar, 1st Year RCSI


2 : I 001 – Berteduh di Bawah Hujan.

Noor Asriah Safian, 2nd Year RCSI







Penyampaian Hadiah
Originally uploaded by FahdRazy.
Mengumumkan para pemenang Sayembara Puisi Berunsur Islam Ireland 2005





Fahd Razy
Originally uploaded by FahdRazy.
Fahd Razy mengumumkan para pemenang





Zulaikha
Originally uploaded by FahdRazy.
Johan Sayembara, Zulaikha Mohamad Khazin





Mardhiah
Originally uploaded by FahdRazy.
Mardhiah Masarudin-Naib Johan





Aimi Rahayu
Originally uploaded by FahdRazy.
Aimi Rahayu- Pemenang tempat Ketiga





Khairiah Jaafar
Originally uploaded by FahdRazy.
Khairiah Jaafar-pemenang Saguhati Sayembara





Asriah Safian
Originally uploaded by FahdRazy.
Kak Asriah-penerima hadiah Saguhati, sayembara puisi





Trofi
Originally uploaded by FahdRazy.
Piala yang diterima oleh para pemenang Sayembara Puisi Berunsur Islam Ireland 2005...

[+] Baca Selanjutnya