Sukar menghafal clinical features of ankylosing spondylitis?
Keliru dengan nama-nama 'metacarpal bones'?
Usah resah lagi.
KOMPILASI MNEMONICS UNTUK PELAJAR PERUBATAN
Grup Karyawan Luar Negara (GKLN) kini mengambil inisiatif untuk mengumpul dan mengkompilasikan senarai mnemonic dan tips-tips ringkas menghafal fakta-fakta berkaitan dengan jurusan perubatan. Kompilasi ini akan dibukukan dengan harapan membantu semua pelajar (dan pengamal) perubatan memudahkan pembelajaran dan rujukan.
(Ini iklan, scroll ke bawah untuk entri)
Sehubungan itu kami amat mengharapkan kerjasama dan bantuan penuh rakan-rakan pelajar perubatan dan para doktor tak kira di mana untuk turut menyumbang kepada projek ini.
Apa yang boleh anda lakukan?
1)Emelkan kami sebarang mnemonics atau tips menghafal mudah yang anda tahu yang berkaitan dengan subjek dalam jurusan perubatan, termasuk subjek tahun praklinikal (seperti history taking, anatomy, physiology, microbiology, pathology, etc) hinggalah tahun klinikal (cardiology, respiratory, GI, endocrinology, Obs n Gynae, Paeds etc).
2)Mnemonic tersebut boleh saja yang terdapat dalam lecture notes, buku rujukan, nota peribadi, atau yang diperoleh secara lisan daripada tutor/konsultan atau rakan-rakan anda.
3)Sila nyatakan jika mnemonic tersebut direka sendiri oleh anda (untuk kami beri kredit)
4)Setiap mnemonic yang diambil dari buku perlu disertakan sumbernya (judul, pengarang, dan penerbit buku). Buku Clinical Examination (Talley-O Connor) dan Pocket Oxford Handbook of Clinical Medicines (buku merah kuning) dikecualikan kerana kami telah mempunyai rujukan tersebut.
5)Mnemonics tersebut boleh saja dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris.
6)Juga nyatakan bersama, nama penuh, dan nama Universiti anda (atau hospital jika sudah graduate). Setiap yang menyumbangkan mnemonics akan diberi kredit dengan disenaraikan nama sebagai contributors dalam halaman yang khusus dalam buku tersebut.
7)Sila emelkan mnemonics tersebut kepada penyelenggara- penyelenggara yang dilantik seperti yang tersenarai. Bagi negara yang tidak mempunyai wakil, boleh mengemel kepada mana-mana penyelenggara, terutama dari kawasan geografi berhampiran (contoh: pelajar Mesir boleh emel kepada wakil Jordan, dan sebagainya).
8)Sila hantarkan sumbangan anda sebelum 15 Jun 2009
Contoh mnemonics:
Clinical features of
Ankylosing spondylitis= 6As
-Asymetrical sacroilitis
-Asymetrical arthritis
-Achiles tendonitis (enthesitis)
-Aortic regurg
-Ant Uveitis
-Apical fibrosis
Causes of pancreatitis: I GET SMASHED
Idiopatic, Gall stones, Ethanol, Trauma, Steroids, Mumps, Scorpion bites, Hyper (calcaemia, lipidaemia, thermia), Ercp, Drugs
Contoh tips menghafal (yang bukan mnemonic):
Feature of RBBB and LBBB in ECG: WilliaM MarroW
Left BBB= WiLLiaM, W at lead V1, M at lead V6
Right BBB= MaRRoW, M at lead V1, W at lead V6
Atau
Action of anti-thyroid medication (carbimazole vs propylthiouracil) :
C=C, Carbimazol: act Centrally (in thyroid)
P=P, Propylthiouracil: act Peripherally (peripheral conversion of T4 and T3)
Kerjasama anda semua amat kami alu-alukan dan hargai.
EMELKAN sekarang kepada wakil-wakil yang dilantik:
Ireland:
1) Muhammad Iqbal : silent_1412[AT]yahoo.com
2) Ahmad Fadhlil: fahd_razy[at]yahoo.co.uk
Jordan:
Ainul Arina: ainulmardhiah_89[AT]yahoo.com
Rusia:
Sarah Mohd Shukor: sarah19185[AT]yahoo.com
Indonesia:
Azzahra Azhar: syauqahsyifa_wardah[AT]yahoo.com
Malaysia:
Nur Hafizah: fieza_nur[AT]yahoo.com
atau emel terus kepada : gkln_sayembara[AT]yahoo.com
Tuesday, June 30, 2009
IKLAN, SKROL KE BAWAH UNTUK ENTRI
Posted by
GKLN Publishing House (GPH)
at
7:22 AM
0
comments
Labels: aktiviti, penerbitan
Monday, April 27, 2009
Rakaman Diskusi CDRK: Re-post
Tanggal 3 Februari 2008, Kem Latihan Penulis (KELAP) PMRAM (Mesir) telah mengadakan sesi diskusi Cinta Dan Rona Kinanah secara atas talian melalui yahoomessenger. Program tersebut mengambil tempat di Malaysia, dan dipancarkan ke seluruh dunia terutamanya Mesir. Ahli-ahli Grup Karyawan Luar Negara, antaranya dari Ireland, Morocco, Mesir, Malaysia, US, dan UK, turut mengambil kesempatan untuk menyertai majlis perbincangan yang membina ini. Antara pembicara yang hadir termasuklah Nazmi Yaakub, Shamsudin Othman, Rahimidin Zahari, Dr Ahmad Razali, Amiruddin Ali, dan Lutfi Ishak.
Rahimidin Zahari
Dr Ahmad Razali
Shamsudin Othman
Berikut antara rakaman-rakaman audia perbincangan yang sempat direkod:
Shamsudin Othman 1 (diskusi puisi)
Shamsudin Othman 2 (diskusi puisi)
Shamsudin Othman 3 (diskusi puisi)
Taujihat penulis: Lutfi Ishak
Taujihat penulis: Rahimidin Zahari
Taujihat Penulis: Nazmi Yaakub
Soal jawab 1
Posted by
GKLN Publishing House (GPH)
at
9:02 AM
0
comments
Saturday, March 14, 2009
Ahli GKLN dalam akhbar- Al Fanani (Morocco)
Gambar dari akhbar Utusan Borneo
Tajuk: Nafsu
Masuk tak beradab
rangkul jiwa,
sampai tak tercakap.
Ketika senyap datang mendakap,
kala taqwa telah terperangkap
apalagi iblis mengucup-ngucup
hingga gerbang iman, terkuncup.
Sedarkah? Kamu-
sedang dikunyah nafsu?
Hati yang katup, bukalah
baja-baja bismillah, taburlah
biar goda itu nyah! Kerana Ilah
adalah MAHA yang tak terkalah.
Al-Fannani
29 Januari 2009, 1503
Villa Jaria.
Posted by
GKLN Publishing House (GPH)
at
9:45 AM
0
comments
Wednesday, February 11, 2009
IPEM announces the inaugural Short-Stories and Poetry-Writing Contest!
(maklumat lanjut di http://ipem.wordpress.com)
As we ushered in the New Year, one couldn’t help but notice that the previous year had nonetheless brought us somber news aside from few ones that seemed to bring a little cheer to this already dreary sphere of life that we call home. Perhaps the recently elected President Obama might assist in putting a stop to Islamophobia and terrorism- one can only pray. But with major humanitarian crises sprucing up last year, most notably the grossly asymmetrical Gaza War, one wonders whether world peace and unity are actually viable in this life, and whether the term ‘humane’ is only reserved for beings other than humans, e.g. the humane treatment of animals. Well, what about a humane treatment for fellow humans, for once? With this in mind, we at IPEM hereby announce the inaugural Short-Stories and Poetry-Writing Contest to be held in conjunction with the annual English Week, and the core theme is humanity. You can write about anything at all as long as it’s centered on this particular theme. Deadline for submission will be on the 23rd February 2009. Just to help clarify any confusion, the Cambridge Advanced Learner’s Dictionary defines humanity as ‘people in general’ and ‘understanding and kindness towards other people’. Therefore anything about people in general i.e. mother, father, siblings, spouse, children, friend(s), teachers, or fellow humans; and anything concerning the act of kindness and understanding toward other people are gladly welcome. So what are waiting for? Unleash the poet and writer in you now! You might want to start writing…who knows you’ll end up as the winner?? =)
Rules and Regulations:
1. Open to all members of IPEM and PKPMI.
2. All entries must be written in English.
3. All entries must be written according to this year’s theme, which is humanity.
4. Only entries that belong under the category of ‘short stories’ and ‘poetry’ will be judged.
5. Short stories must be within the limit of 1200-2500 words (Not more and not less) OR within the range of 3-6 pages (Times New Roman, size 12, spacing 1.5).
6. Poetry must be within the limit of two (2) pages with no restrictions whatsoever regarding character/line spacing.
7. All entries shall be judged based on theme, content, and grammar.
8. All entries must be the original work of the author, have not been published or shown anywhere, and have not been sent to any other contests. If the entry has been published in your blog, please remove it before the final results are announced.
9. Everyone is welcome to submit as many entries as they wish, but every participant is entitled to only one (1) prize per category. Prizes will be awarded to the champion, first runner up, and second runner up for the respective categories.
10. All copyrights are reserved for the authors, but all submitted entries shall not be returned and the organizers have the right to publish them (in Polaroid/ IPEM blog/ PKPMI) without formal permission from the authors.
11. Please e-mail your entries with your name, batch, and phone number to ipem.makassar@gmail.com with the e-mail subject of ‘English Week’ and followed with category and title of your entry. E.g.: English Week – Poetry – Steadfast Trees. Note: Entries can also be submitted by hand to any IPEM committee members.
12. The closing date for submission is on 23rd February 2009 (at 2400 hours/ 12.00 pm)
13. All rules and regulations are subject to change.
Posted by
GKLN Publishing House (GPH)
at
12:42 PM
0
comments
Labels: aktiviti
Thursday, January 29, 2009
Deklamasi puisi oleh warga GKLN-Morocco
Posted by
GKLN Publishing House (GPH)
at
11:33 PM
0
comments
Labels: aktiviti
Monday, January 26, 2009
Warga GKLN di NEXTEire 2009
Posted by
GKLN Publishing House (GPH)
at
7:42 AM
0
comments
Labels: aktiviti
Thursday, January 1, 2009
TAHNIAH! Sayembara Puisi Berunsur Islam IPEM 2008
Alhamdulillah, pengumuman dan penyampaian hadiah pemenang Sayembara Puisi dan Cerpen berunsur Islam sempena Minggu Penghayatan Islam anjuran gabungan PKPMI cawangan Makassar, KULNM dan IMAM SCI telah berlangsung pada 31 Disember 2008 (Rabu). Penyampaian hadiah telah disampaikan oleh Pengerusi IPEM, saudara Yazid Sahak.
Penganjuran ini telah mengumpulkan sejumlah 11 naskhah cerpen dan 18 lembar puisi. Jumlah ini jauh melebihi sasaran penyertaan yang dijangkakan oleh penganjur, membuktikan betapa genre cerpen dan puisi mendapat tempat di kalangan mahasiswa dalam berkarya. Alhamdulillah.
Senarai para hakim Sayembara Cerpen dan Puisi Berunsur Islam sempena MPI 2008 ialah:
1. Muhammad Yazid bin Sahak (Ketua hakim)
2. Ruqnuddin Al Hamdi
3. Muhammad Nabil Fahmi
4. Mohd Firdaus Musa
5. Halaa bt Burhanuddin
6. Azzahra Azhar
Kategori Cerpen
Tempat Pertama
Tajuk: Maafkan Abah, Sayang
Penulis: Nik Nor Aini Nik Abdul Aziz
Batch: 2006
Tempat Kedua
Tajuk: The Love Of A Parent
Penulis: Anis Izzati
Batch: 2007
Tempat Ketiga
Tajuk: Sang Pencari Cinta
Penulis: Muhamad Izzudin Sulam
Batch: 2007
Kategori Puisi
Tempat Pertama
Tajuk: Senandung Tiga Irama
Penulis: Nurul Iman Abdul Rahim
Batch: 2005
Tempat Kedua
Tajuk: Bidadari
Penulis: Nor Maisarah bt Mohamed Shukri
Batch: 2006
Tempat Ketiga
Tajuk: Hari Ini, Palestin
Penulis: Fatiah Syahirah Mohd Ghazali
Batch: 2007
Terima kasih kepada anda yang telah berpartisipasi di dalam pertandingan kali ini. Moga ianya satu momentum untuk lebih gigih dalam menghasilkan karya yang bermutu di masa akan datang. Tahniah kepada yang telah menang dan kepada yang kurang bernasib baik, masih luas peluang untuk anda mencuba!
Salam hormat,
Maisarah Shukri
SU IPEM
Posted by
GKLN Publishing House (GPH)
at
12:39 PM
0
comments
Thursday, December 25, 2008
Sayembara Puisi dan Cerpen Berunsur Islam (IPEM)
Sempena Minggu Penghayatan Islam (MPI)
Anjuran IPEM (Ikatan Penulis Mahasiswa Malaysia di Indonesia) dengan kerjasama PKPMI
Syarat-syarat :
1. Terbuka kepada semua ahli IPEM dan PKPMI.
2. Setiap karya yang dihantar hendaklah bersesuaian serta mencerminkan kemurnian agama Islam itu sendiri.
3. Cerpen hendaklah tidak kurang 1200 patah perkataan dan tidak lebih 2500 patah perkataan. Setiap puisi tidak lebih dari 2 mukasurat.
4. Hasil karya hendaklah asli ( bukan saduran atau terjemahan) , belum pernah tersiar atau diterbitkan di mana-mana media cetak dan belum pernah menyertai sebarang peraduan lain. Sekiranya karya tersebut pernah disiarkan di blog, diharapkan dapat menarik balik sajak tersebut dari blog sebelum keputusan diumumkan.
5. Setiap peserta bebas menghantar bilangan cerpen/puisi namun hanya satu hadiah sahaja layak dimenangi oleh setiap peserta. Hadiah ditawarkan untuk tempat Pertama, Kedua, dan Ketiga untuk masing-masing genre.
6. Setiap karya yang dihantar tidak akan dipulangkan dan pihak penganjur berhak menyiarkan karya tersebut (di majalah Polaroid, blog IPEM atau PKPMI) tanpa perlu izin rasmi penulis, namun hak cipta karya tetap di tangan penulis.
7. Emailkan karya anda dan sertakan nama, angkatan dan nombor telefon ke ipem.makassar@gmail.com dengan subjek email dimulai dengan tulisan ‘MPI’ dan diikuti oleh genre dan judul karya anda.
Contoh : MPI – Puisi – Gerimis di Palestin.
8. Tarikh tutup penyertaan adalah pada 30 Desember 2008 (jam 2400).
9. Terma dan syarat tertakluk pada pindaan.
Posted by
GKLN Publishing House (GPH)
at
9:57 AM
0
comments
Sunday, December 14, 2008
Kepada ahli-ahli GKLN Morocco
Assalamualaikum
Kepada sekalian ahli yang berdaftar di bawah GKLN di Maghribi, diharapkan dapat menjelmakan diri anda kepada saudara Abdul Rahim Zainuddin (Rabat) bagi memudahkan urusan beliau (dan rakan-rakan) untuk merangka unit jawatan kuasa gerakan di tanah Afrika sana.
Sila laporkan kepada beliau bahawa;
- anda adalah seorang ahli GKLN-Morocco yang sah
- telah mengisi/menghantar borang keahlian GKLN
- (sertakan nama penuh dan nombor kad pengenalan)
Jadi, apa tunggu lagi?
Anda ahli GKLN-Morocco? Cepat, hubungi saudara Abdul Rahim Zainuddin sekarang!
Emelkan maklum balas 'tunjuk diri' tersebut ke emel beliau; ab.rahim88[AT]yahoo[DOT]com
Salam hormat,
Ainaa Mardhiah Suhaimi
(orang lama yang sudah berada di Tanah Melayu)
Posted by
GKLN Publishing House (GPH)
at
7:14 AM
0
comments
Labels: aktiviti
Wednesday, December 10, 2008
Sayembara Puisi Islami GKLN 2008
Ini adalah iklan. Untuk entri sila skrol ke bawah.
.
Pengenalan
Sayembara Puisi Islami GKLN 2008 merupakan salah satu aktiviti tahunan Grup Karyawan Luar Negara untuk seluruh ahlinya yang mewakili pelbagai negara. Meskipun memiliki berbilang latar pendidikan, masyarakat, dan koordinat geografi yang berbeza, sayembara ini akan menjadi wadah yang menyatukan fikrah para peserta. Sayembara ini akan membentuk dimensi baru yang mengisi kekosongan relung jiwa penyajak muda di samping dapat menghubungkan sesama mereka untuk tujuan dan nuansa yang sama ; mengangkat nilai kesusasteraan Islami ke peringkat yang lebih tinggi
Objektif
1. Menawarkan dunia penulisan kreatif sebagai salah satu wadah menyampaikan mesej dakwah dan pemikiran kritis di samping meningkatkan penghayatan para peserta dalam aspek keagamaan menerusi penulisan sajak yang bertemakan keagamaan dan berunsurkan Islam. Hal ini diharap dapat membantu memperbaiki jati diri dan kesedaran mereka sebagai pelajar Muslim.
2. Menambah minat dan pengelibatan para peserta dalam bidang sastera dan khususnya penulisan sajak.
3. Melahirkan masyarakat Islam yang lebih dinamik dan seimbang yang bukan sahaja cemerlang dalam aspek sains tetapi juga dalam aspek cipta kreatif. Memandangkan majoriti pelajar luar negara adalah pelajar sains ( perubatan ) , maka usaha melibatkan mereka dengan penulisan akan menjadikan mereka lebih fleksibel dan serba boleh dari segi pengalaman dan kemahiran, bukan sahaja dalam bidang sains, tetapi juga dalam bidang kerohanian dan selain sains.
4. Memberi ruang kepada pelajar Malaysia di luar negara untuk mengikuti aktiviti sastera dan penulisan yang lebih tersusun. Terdapat segelintir pelajar-pelajar di luar negara yang berminat mendekati dunia penulisan, namun kebatasan ruang dan peluang untuk berkarya membuatkan usaha ini menjadi terbantut.
Syarat Penyertaan
1. Sayembara ini terbuka kepada semua pelajar Malaysia yang menepati semua syarat berikut :
a) Sedang menuntut di luar negara.
b) Telah menjadi ahli GKLN yang sah. Bagaimana ingin menjadi ahli GKLN yang sah?
Isikan
borang keahlian dan hantarkan ke gkln_sayembara@ yahoo.com bersama karya
penyertaan anda.
c) Menuntut di negara yang dirangkumi oleh GKLN.
d) Peserta yang mengikuti 'twinning program' juga layak menghantarkan penyertaan dengan syarat belum selesai mengikuti program 'undergraduate' sebelum tarikh tutup penyertaan.
2. Syarat karya :
a) Setiap puisi wajib mempunyai unsur moral dan pengajaran.
b) Setiap puisi boleh menyentuh mana-mana aspek seperti :
(1) Sejarah Islam.
(2) Nilai tamadun kerajaan Islam silam.
(3) Tokoh Islam
(4) Dakwah dan tarbiyah
(5) Aspek perjuangan menegakkan syiar Islam.
(6) Kritikan sosial dan sikap umat Islam.
(7) Isu-isu semasa dunia Islam.
(8) Kocak politik dan ekonomi negara-negara Islam
(9) Keamanan/kezaliman khususnya yang melanda negara-negara Islam seperti
Iraq, Palestin dan sebagainya.
(10) Aspek sains dan teknologi yang membabitkan umat Islam
(11) Lain-lain aspek yang berkaitan.
3. Hasil karya hendaklah asli ( bukan saduran atau terjemahan) , belum pernah tersiar atau diterbitkan di mana-mana media cetak dan belum pernah menyertai sebarang peraduan lain. Sekiranya karya tersebut pernah disiarkan di blog, diharapa dapat menarik balik sajak tersebut dari blog sebelum keputusan diumumkan.
4. Setiap karya yang dihantar tidak akan dipulangkan dan pihak penganjur berhak menyiarkan karya tersebut ( di buletin, majalan, weblog dan yahoogroups GKLN ) tanpa perlu izin rasmi penulis, namun hak cipta karya tetap di tangan penulis.
5. Pemenang hadiah utama akan dibukukan.
6. Tarikh tutup penyertaan adalah pada 30 November 2008.
7. Terma dan syarat tertakluk pada pindaan.
8. Hantarkan karya atau sebarang soalan/kemusykilan ke gkln_sayembara@yahoo.com
Penilaian
1. Hantarkan 3 sajak terbaik yang memenuhi syarat-syarat karya.
2. Sajak dinilai secara 'kombo'.
3. Pemenang akan dinilai berdasarkan keupayaan mengolah tema yang diketengahkan , kebijaksanaan mendidik pembaca dengan kreativiti dan persembahan yang puitis.
4. Hadiah ditawarkan untuk tempat Pertama, Kedua, dan Ketiga serta dua hadiah saguhati ( tertakluk pada pindaan ).
5. Keputusan akan diumumkan pada 20 Februari 2009.
6. Tertakluk kepada perubahan
Format Penulisan
a) Tajuk di bold kan. Menggunakan Font Arial pada ukuran 16
b) Teks sajak menggunakan Font Arial pada ukuran 12.
c) Tulisan hitam. ( untuk tajuk dan teks )
d) Hantarkan dalam bentuk kombo susunan tangga ( kurang baik --> terbaik ) Ini terpulang
pada penilaian para peserta. Tiada markah tambahan untuk penyusunan yang tepat.
e) Di awal karya , tuliskan
Nama pena
Nama penuh
Lokasi di luar negara
No. telefon
Alamat di Malaysia
No. telefon
Email
f) Panjang setiap karya hendaklah tidak melebihi satu mukasurat.
g) Contoh
Nama pena : Fahd Razy
Nama penuh : Ahmad Fadhlil Mohamad Pakarul-Razy
Lokasi di luar negara : Ireland
No. telefon :
Alamat di Malaysia :
No. telefon :
Email :
Hujan Ramadhan
Hujan fajar yang berebutan di jalan
adalah gamit Ramadhan
adalah bisik rindu
yang menjemputku bersubuh dalam
balutan sejahtera
saat pagi yang menguji itu
menghantar aku ke rumah muhasabah
dengan hati yang sering pecah
dan suara merekah
Posted by
GKLN Publishing House (GPH)
at
1:20 AM
0
comments
Saturday, September 27, 2008
Karya ahli GKLN di Dewan Siswa September 2008
Berikut adalah puisi saudara Rahman D dari Mesir yang tersiar di majalah Dewan Siswa September yang lalu berserta rumusan komen Faisal Tehrani di dalam majalah tersebut
PENJUAL KATA
Kota kecil ini aku bertandang
dengan reda dan tawakal kudus aku berniaga
menjual kata indah tiada harga
mengharap orang akan membelinya
Aku penjual kata untuk teguran
Kerana aku penjual yang memerhati alam
Segala keperluan kota ini diselongkari nian
Seutai kata tiada harga ingin kuberi
Aku penjual kata yang tiada untung
Tiada manusia membeli kata bermakna
Kerana mereka tiada kepentingan nafsu
Kadang kala mereka menolak
persis aku tiada erti sebagai penjaga tanah pinjaman ini
Aku tetap penjual kata kepada jelata
Mungkin hari ini mereka kabut
Ribut wang dan hidup gembira
Penghujung nanti pasti ada pembeli setia
Rahman D
Dewan Siswa September 2008
Komen FT:
Untuk keluaran September 2008,FT telah membawakan "Unsur Membangun Puisi".Terdapat beberapa unsur yang perlu difokus untuk menjadikan sesebuah sajak itu mencapai tahap yang baik.Lima formula yang telah diberikan ialah ,konsentrasi, irama rapi,fikiran dan pengalaman jiwa.Makanya setiap puisi yang dihasilkan memerlukan kesemua fomula tersebut.Bagi puisi "Penjual Kata" di atas mempunyai kekurangan dan kekeringan dari aspek irama dan konsentrasinya, tetapi kaya dari segi fikiran.Penulis telah menjadikan "kata" sebagai landasan pemikirannya. Namun begitu terdapat nada pasif yang tidak bersemangat yang tidak sewajarnya dimiliki oleh generasi baharu.Perhatikan bait "menjual kata indah tiada harga,mengharap orang akan membelinya". Ayat tersebut pasif.Seakan- akan "seisi dunia" tidak memberikan reaksi terhadap usahanya.
(di atas ini adalah rumusan apa yang telah dikatakan FT )
Wassalam.
Posted by
GKLN Publishing House (GPH)
at
10:18 AM
0
comments
Labels: aktiviti
Friday, September 26, 2008
Karya-karya ahli GKLN di akhbar (september)
Kehangatan kempen 'Jom Tembus Media' semakin hangat apabila semakin ramai ahli-ahli GKLN menyahut cabaran untuk menghantar karya-karya ke media cetak. Berikut antara karya-karya yang berjaya menembusi akhbar Berita Harian dan Mingguan Malaysia sepanjang September ini.
Sarah Mohd Shukor, Rusia. Dua puisinya tersiar selang seminggu di Berita Harian dan Mingguan Malaysia
1) Pada Tanah Ini
Pada tanah ini yang memerah
ada darah datukku
dahulu menghunus parang
membuang petualang
terkubur bukan kalah
dialah pahlawan bertaruh nyawa
demi tanah ini
bergadai jasad sangguplah jua.
Demi tanah ini tempat berdiri
galang-ganti harga diri
tanah junjungan pertiwi
asyiknya idamkan berdiri sendiri
bunuh itu British!
usir itu Jepun!
biar bercerai kasih
takkan dia berganjak sedikit pun.
Tanah ini tanah bebas
kerana tangan-tangan berdarah itu
melihat neraca hidup seperti roda
yang zalim pastinya tewas
yang benar menanglah jua.
Jaga tanah ini baik-baik
jangan biar retak
jangan biar dipajak
tanah ini ada harta
dari tangan berdarah dahulu
buat warga bumi merdeka.
Sarah Mohd Shukor
16 Jun 2008
Moscow, Rusia
2) Monolog Anak Merdeka
Merdeka itu
kisahnya berdarah
mayat bersepah
laung rakyat penuh amarah
British menjajah
Jepun meludah
Komunis melapah
pada pertiwi yang cekal
kala dahi ditunjal-tunjal.
Merdeka itu
datangnya bukan senang
datang bukan kerana dagang
carik-carik surat dilayang
orang tak dengar, tak pandang
lagi dihina katanya Malaya ini belum matang.
Merdeka itu
cerakin ilmu si pemimpin pertiwi
penuh diplomasi
canai integrasi
disuruh emosi letak ke tepi
demi maruah, ego meninggi
demi merdeka, sepakat termetrai.
Merdeka itu
lahirnya bukan mudah
pertahan berganda payah
semakin zaman berubah
semakin sejarah dimamah tanah
semakin kita gah
semakin kita pandang renyah
pada hartanya merdeka
pada hartanya jiwa bangsa
pada hartanya bebas suara
pada hartanya bangsa kita!
Merdeka itu
boleh luput
andai,
diri dinyah-patriotismekan
jiwa dijajah idealis moden syaitan
bangsa dituba sumpah sesama insan.
Andai,
pembelot dinomborsatukan
kesatuan dinomborduakan
dan Tuhan di buang dari ingatan.
Merdeka itu
kita coret tatkala kita masih di bawah.
Mahukah,
ia hilang setelah angkasa berjaya kita cecah?
Sarah Mohd Shukor
30 Ogos 2008
Moscow, Rusia.
Dakwat Fikir (atau Abd Rahim Zainudin), Morocco. Puisinya tersiar di Berita Harian
Azimat Seru
Fikir itu membawa aku ke satu jazirah
langsung ke sudut itu, Bakkah.
Betapa lembang itu gersang dulu
kering, berkuping-kuping
saat rekah umat bagai takkan ketemu
noktah aman kian kelabu.
Namun kaurenjis jua liurmu
kendati kian likat, kelat
buat damak-damak hidayah
menusuk liat ke lurah hati
yang gelap nan pekat.
Kaukikis kudis kepuakan, lantas
kausapu penawar syahadah
di atas tali Muhajirin dan Ansar
beralaskan sutera ukhuwah.
Pernah,
kauratip sendu kasihnya Ilah,
kauratap sayu hilangnya Khadijah,
kautatap kaku syahidnya Hamzah,
kaurentap ego pamanmu turus Jahiliah.
Kini laungan yang kauserak
mencakah seinci demi seinci
hingga terendus aku haruman itu
jauh di khatulistiwa ini
dek gaharu azimat serumu.
Oleh Dakwat Fikir
14 Mac 2008, 08.40,
Bouhlal, Rabat.
Posted by
GKLN Publishing House (GPH)
at
10:34 AM
0
comments
Saturday, September 13, 2008
Peristiwa Bergambar
Ringkasan senarai aktiviti yang melibatkan ahli-ahli GKLN Sepanjang Musim Panas 2008
1) Penerbitan antologi puisi Bahasa Bumi, antologi cerpen Mengemis di Kota Larangan, dan kumpulan puisi Menggeledah Nurani, terbitan GKLN Publishing House pada Julai-Ogos 2008. (gambar dari http://gklnpublishinghouse.blogspot.com)
2) Umbara Sastera 2 anjuran Persatuan Penulis Negeri Sembilan (PEN) pada 19 Julai 2008 di Pusat Pengajian Imtiyaz, Taipan, Senawang. (gambar dari http://annyss.blogspot.com)
3) Penyiaran karya di media-media cetak (Kempen Jom Tembus Media). Terkini, sekitar 20 buah karya (puisi, cerpen, dan artikel) dari 10 orang ahli GKLN berjaya disiarkan sejak Jun 2008
4) Diskusi novel dan kumpulan puisi serta pelancaran buku (termasuk 'Menggeledah Nurani' terbitan GKLN Publishing House) anjuran Alumni MPR dan DBP di Dewan Bahasa dan Pustaka pada 2 Ogos 2008
5) Bengkel Penulisan Musim Panas Karyawan Muda Luar Negara ke-II di AnCasa spa and hotel, Kuala Lumpur pada 13-15 Ogos 2008. Anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka serta GKLN. (gambar dari http://grupkaryawan.fotopages.com)
6) Seminar 'Bicara Penulis Remaja: Proses Kreatif dan Pengalaman Kepengarangan' di Fakulti Pengajian Pendidikan, Uni Putra Malaysia anjuran Kelab Bac. Pendidikan PBMP pada 6 September 2008.
Posted by
GKLN Publishing House (GPH)
at
3:27 PM
0
comments
Labels: aktiviti
Wednesday, September 10, 2008
Sayembara Ramadhan IPEM
Sampaikan walaupun satu ayat…
dipetik dari http://ipem.wordpress.com
SAYEMBARA RAMADHAN IPEM
Sempena kedatangan Ramadhan Al-Mubarak, IPEM menganjurkan sebuah sayembara dengan genre bebas dalam mencungkil bakat dan memotivasi para penulis di kalangan komuniti Malaysia di Unhas untuk menulis apa saja berkaitan bulan mulia ini. Sayembara berlangsung dari 6 sehingga 20 September 2008 ( 6 - 20 Ramadhan 1429 ). Hadiah? Sebagai penghargaan, hasil karya anda akan kami masukkan dalam risalah Ramadhan kali ini. Kami rasa tidak ada yang lebih berharga dari ganjaran pahala yang berlipat ganda di bulan penuh berkah ini. Jadi tunggu apa lagi?
SYARAT DAN PENYERTAAN:
· Terbuka kepada semua pelajar Malaysia di Indonesia samada ahli IPEM berdaftar atau tidak.
· Tema artikel adalah berkisar tentang Ramadhan.
· Karya boleh dalam bentuk artikel atau karya kreatif ( puisi, sajak, pantun dan lain-lain ).
· Karya mestilah hasil asli penulis.
· Panjang karya dibatasi satu halaman A4.
· Karya boleh dihantar kepada saudara Ruqnuddin ’07 atau Azzahra ’06.
Tiga karya terpilih akan diterbitkan dalam risalah
ramadhan yang akan datang!
Mulakan menulis
sekarang!
Posted by
GKLN Publishing House (GPH)
at
9:15 AM
0
comments
Labels: aktiviti
Tuesday, September 2, 2008
Kempen 'Jom Tembus Media' 2008 !
Terkini
Imej dari majalah Dewan Kosmik, September 2009. Cerpen Rebecca Ilham berjudul 'Yang Aneh Itu Lelaki'.
Ahli-ahli GKLN yang karyanya turut tersiar sejak Jun 2008:
1) Rebecca Ilham (cerpen di Berita Minggu, Mingguan Malaysia dan Dewan Kosmik)
2) Siddiq Osman (Puisi-puisi di Mingguan Malaysia dan Berita Minggu)
3) Al Fannani (puisi di Tunas Cipta)
4) Alirfan Jindullah (puisi di Tunas Cipta)
5) Khairil Idham (Puisi-puisi di Mingguan Malaysia)
6) Syafik Zulakifli (Puisi-puisi di Berita Minggu dan Mingguan Malaysia)
7) Ibnu Reza (Puisi di Mingguan Malaysia)
8) Lailati Mahat (Puisi di Tunas Cipta)
9) Fahd Razy (Puisi di majalah Konsep)
Ahli-ahli yang lain, teruskan menggempur media!
Posted by
GKLN Publishing House (GPH)
at
8:28 PM
0
comments
Monday, August 18, 2008
Bengkel Penulisan Musim Panas Karyawan Muda Luar Negara ke II (2008)
Gambar-gambar sewaktu Bengkel Penulisan Musim Panas Karyawan Muda Luar Negara ke II (2008) anjuran DBP dan GKLN yang berlangsung di AnCasa Hotel and Spa Kuala Lumpur, pada 13-15 Ogos 2008. Seramai 20 peserta (19 Perempuan 1 Lelaki) telah menyertai bengkel ini dengan pengisian oleh Puan Tuan Nurizan @ Ana Balqis.
Posted by
GKLN Publishing House (GPH)
at
7:11 AM
0
comments
Labels: aktiviti