Wednesday, April 15, 2009

Berat Tali dari Anjingnya

Oleh Muhammad Teja
http://janjilaxamana.blogspot.com

Seorang sahabat saya, mengkhabarkan yang dia geli hati apabila membaca tulisan saya. Alhamdulillah, ada juga orang nak baca tulisan yang picis ini. Haha.

Dia tanyakan pada saya, apa maksud satira. Maka, saya menjawab, berdasarkan kamus dewan; satira adalah sebuah karya, baik prosa atau puisi, yang dibuat untuk tujuan menyindir. Ikut kata cikgu saya, satira ada dua jenis - yang lembut atau keras. Yang lembut kita namakan horatia. Yang keras dipanggil Juvenilla.

Sebenarnya, nak buat satira ini bukan kerja mudah. Untuk menyindir orang habis-habisan, sang pengarang terpaksa melalui satu proses yang dinamakan tekanan. Tekanan itu diperoleh apabila melihat keserabutan, ketidaksenonohan dan kebatilan yang dilakukan oleh individu atau sesebuah kumpulan atau satu saf kepimpinan baharu parti . Apabila ditekan, pengarang (yang biasanya tiada teman untuk berkeluh kesah), akan memanfaatkan ruang untuk melepaskan apa yang terbuku di hatinya - dengan versetalitinya tersendiri. Kejadian yang menyakitkan hatinya, akan dilawakkan dan disendaguraukan, supaya dia sendiri berasa terhibur dan puas, dengan secubit harapan agar watak yang disatirakannya itu akan terasa dan memberontak marah. Namun, pengarang satira yang tersengih itu akan berkata kepada orang yang disatirakannya; "Yang kau terasa tu apasal?"

Nak buat satira pun kena ada latihan. Macam Raja Lawak, peserta yang masuk itu pada mulanya hanya pandai berlawak slapstik dan dikutuk keras-keras oleh Zaibo dan Khatijah Tan. Akan tetapi, bila sudah lama-lama berlatih, lawak mereka akan lebih berkualiti dan berilmiah sehingga pandai berbuat lawak untuk masyarakat Melayu yang tengok Astro sahaja.


Untuk bersatira, latihan yang baik adalah dengan membaca karya satira juga. Bahasa Melayu ada menawarkan novel satira yang berkualiti tinggi. Untuk jenis Horatia, Novel Azizi Hj Abdullah; Kawin-kawin boleh dijadikan panduan. Bagi sesiapa yang lebih tabah dan bersungguh-sungguh, boleh menelaah dengan tekun novel Shit, karya SN Shahnon Ahmad untuk mendapat nada Juvenillanya. (Disklaimer; Jika anda sakit hati membaca novel di atas, saya tidak bertanggungjawab)

Kesimpulannya, buat kerja lawak di dalam pengarangan ini sebenarnya berat tali dari anjingnya. Untuk menghasilkan satira satu entri pun, kekadang pengarang itu terpaksa menelaah dan mengkaji berpuluh-puluh novel satira dari pengarang yang lain.

1 comment:

faigindahlheimer said...

Stainless Steel Kokka Tilt Iron Hinged Kettle - TiNanium Art - ITNC
T. T. Kokka Tilt Iron Hinged galaxy watch 3 titanium Kettle - 2014 ford fusion energi titanium TiNanium Art. Designed for high quality titanium tools stainless titanium pickaxe terraria steel Kokka Tilt Iron gold titanium Hinged Kettle, stainless steel, aluminum.