Sunday, April 12, 2009

2 judul terbaru oleh Hilal Asyraf (Jordan)...!


Weblog: http://ms.langitilahi.com
DAPATKAN DI PESTA BUKU ANTARABANGSA KUALA LUMPUR, APRIL INI, DI GERAI UJANA ILMU

-SATU-

Judul:Novel VT
Harga: RM25.00 untuk semenanjung, dan RM27.00 Sabah dan Sarawak.
Muka surat: 511 halaman.
Penerbit: Syarikat Galeri Ilmu Sdn Bhd(GISB)
Genre: Novel

Pasukan bola tampar MATRI mencipta fenomena – muncul johan menewaskan juara terkenal, SSNP. Tetapi sepuluh tahun kemudian, pasukan ini tenat dan hampir dibubarkan, hinggalah datang Hussam, jurulatih misteri.

Hussam menggalas cabaran untuk ‘merawat’ 12 pemain yang pelbagai ragam, masalah dan ego, terutama Asyraf yang berkonfrantasi dengan bapanya. SSNP pula tidak mampu dicabar lagi.

Hanya Hussam yang tahu rahsia yang dijaga dengan baik oleh Cikgu Senan, jurulatih yang meletakkan Aril dan pemain-pemain SSNP lain di kedudukan tanpa saingan. Hussam jugalah yang tahu potensi sebenar Asyraf, anak muda berdarah panas yang sedang dijinakkan.

Siapa sebenarnya Hussam yang seperti tahu banyak perkara tentang sukan ini? Mampukah Hussam membawa Asyraf dan ‘pemain-pemain sampah’ MATRI mencalarkan rekod 20-0 SNNP lima tahun berturut-turut? Dapatkah Hussam menggunakan formula Islam untuk membawa angin baru ke dalam Avant Garde, pasukan tenat yang sedang dipulihkannya? Bagaimana Hussam menangani konflik Asyraf dan Aril, serta konfliknya sendiri dengan Cikgu Senan di luar gelanggang?

Di dalam VT (volleyball team) ada konflik dan dengki di gelanggang. Ada sengketa anak dan bapa, serta ada tempur anak muda di luar gelanggang.

Di tangan Hussam, setiap taktik dan strategi adalah rahsia. Dan setiap rahsia ada kejutan!


-DUA-

Judul: Langit Ilahi: Tuhan Tidak Lupakan Kita
Harga: RM21.00 untuk Semenanjung Malaysia, dan RM23.00 untuk Sabah dan Sarawak.
Bil Muka Surat: 200 halaman
Penerbit: Syarikat Galeri Ilmu Sdn Bhd.
Genre: Motivasi

Lihat sahaja orang yang sering melupakan ALLAH SWT, tetapi, ALLAH SWT tidak meninggalkan mereka. Mereka masih diberikan udara tanpa dikurangkan sedikit pun. Mereka masih lagi diberikan rezeki tanpa pernah putus. Mereka masih disambung nyawa tanpa dihentikan, dan masih lagi diberi pelbagai nikmat tanpa berkira. Tetapi, kita tetap sering melupakanNya, sedangkan, DIA tidak pernah meninggalkan kita walau sebentar pun

No comments: