Oleh Ummu Hani Abu Hassan
http://ummuhani.com
Masyarakat dunia telah menyaksikan ‘drama’ kisah benar keruntuhan Rejim Saddam Hussien disusuli kemusnahan demografi negara Iraq hasil tangan drakula Bush dan konco-konconya. Tindakan kemusnahan ini bukan bencana alam semulajadi sebaliknya telah disusun begitu strategi dan terancang. US dengan bapak presidennya Geoge W Bush memulakan serangan ke atas Iraq dengan perang psikologi bagi melemahkan aspek sosial dan ekonomi masyarakat Iraq. US melancarkan sekatan bantuan runcit termasuk bahan makanan serta memulaukan negara Iraq beralaskan penolakan mereka terhadap pemerintahan Saddan Hussien yang disifatkan mafia. Kesengsaraan masyarakat Iraq diharapkan dapat mencetus pemberontakan terhadap pimpinan Saddan Hussien. Dan itu telahpun berlaku.
Apabila tentera US melancarkan peperangan ke atas Iraq, rakyat Iraq bertolerasi dengan kekuatan US serta menidakkan kepimpinana presiden mereka sendiri. US menaburkan kejahatan dan memalitkannya kepada Saddam sebagai punca kesengsaraan rakyat tempatan. Ini samalah seperti, seorang budak yang bermain mercun kemudian membaling ke atas bumbung rumah, apabila rumah terbakar, bukan budak yang disalahkah tetapi angin yang dikatakan bertiup kencang pada waktu tersebut. Di Iraq, yang berlaku adalah rakyat rata-rata menyalahkan pemimpinnya akhirnya Saddan Hussien ditangkap kemudian dihukum bunuh, tanah air dan masyarakatnya tergadai di tangan US selama beberapa tahun.
Strategi pemaksaan ini juga nampaknya telah dilakukan Israel dengan bantuan rejim Zionis bagi penaklukan tanah Palestin yang diakui adalah milik orang-orang Islam. Israel. Di Genting Gaza yang diduduki kira-kira 1.5 juta umat Islam, para pemimpinnya adalah dari HAMAS. Israel melancarkan sekatan kemanusiaan serta memencilkan Gaza dari dunia luar selama 19 bulan hingga wilayahnya mengecut lemah. Ini adalah pencabulan hak asasi manusia yang rakus dan tragis. Menyedihnya, dunia tidak mampu menentangnya.
Rejim zionis Israel menyalahkan HAMAS sebagai punca kesengsaraan penduduk Islam Wilayah Gaza. Serangan hari ke 11 pada hari ini yang menyebabkan kematian 94 kanak-kanak (itu yang dilaporkan akhbar entahkan lebih) dan lebih 400 nyawa wanita, remaja, orang tua, para pemuda dan pemimpin HAMAS dan lebih 2500 orang cedera turut dipundakkan ke atas HAMAS. Israel mengharapkan penduduk Gaza bangkit menyalahkan HAMAS seperti yang berlaku di Iraq, namun keadaannya berbeza. Penduduk Palestin amnya tahu tabiat kejahatan musuh asasi Islam ini, Israel bukan mahukan HAMAS yang dicita-citakan mereka adalah setiap rinci tanah di Palestin. Perluasan demografi Palestin hanya akan sempurna jika berlaku pemutihan masyarakat Islam di negara itu. Israel mahu dunia mengakui bahawa mereka bukan gelandangan setinggan di Palestin tetapi adalah penduduk yang asal.
Penduduk Palestin bangkit dan terus mempertahankan tanah air mereka. Selama 60 tahun bergenerasi kesengsaraan, turun naik pemimpinnya sama ada FATAH atau HAMAS, mereka tidak mempunyai sekutu lain kecuali zionis Israel dan juak-juaknya termasuk US. Mereka berjuang dengan darah dan air mata untuk mempertahankan survival pemilikan tanah air dan paling penting Masjidil Aqsa; Kiblat Pertama umat Islam. Apa lagi yang tinggal bagi penduduk Gaza selepas rumah, sekolah, masjid, hospital, anak-anak, isteri, suami, ibubapa dan pemimpin mereka telah dimusnahi zionis Israel? Keadaan di musim sejuk juga menghadkan bantuan luar untuk sampai ke Semenanjung Gaza. Semua itu mencantumkan kepingan derita penduduk Palestin yang masih tidak ternoktah.
Hari ini, gesaan pemimpin dunia termasuk Malaysia supaya PBB dan NATO menyerlahkan taring seperti mana mereka mengawal kejahatan Serbia ke atas Bosnia dan AS ke atas Korea Selatan, masih ditandai persoalan. Isu Palestin sangat sensitive kerana di atas ubun Amerika adalah Zionis yang selama ini memelihara mereka. Misalnya, Barrack Obama yang diistilahkan ‘penyelamat baru’ dunia sahaja tidak berani bersuara lantang mengutuk tindakan kesyaitanan Zionis Israel. Paling menyedihkan, dimana ukhwah negara-negara Arab jiran Palestin menyalurkan bantuan ketenteraan ke Semenanjung Gaza?
Kita hanya ada cara memboikot segala kepentingan Israel dan US dalam negara ini baik ekonomi, politik dan sosial bagi menyekat keazaman mereka menakluk dunia khususnya dunia Islam dan Palestin. Mereka pastinya akan runtuh tanpa biaya kewangan yang mantap serta sokongan padu US membekalkan peralatan dan pasukan ketenteraan. Umat Israel (YAHUDI) adalah umat yang paling kecil jumlahnya di dunia. Sedangkan umat Islam adalah umat kedua teramai di dunia. Jadi, apa lagi alasannya?
Monday, January 5, 2009
‘Neo- holocoust’ Ala Zionis Israel
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment