Oleh: Mohd Syukri Rosli (Adelaide, Australia)
http://janjilaxamana.blogspot.com
Yang memaknakan bumi itu bukanlah pada sungai-sungai yang mengalir, pada puputan pawana, atau salji putih yang berintikan. Bukan juga pada bangunan-bangunan yang mencakar angkasa, atau rencaman kenderaan pelbagai jenama atau indah dan sedap nama bandarnya. Atau, bukan juga kerana tinggi dan rendah letaknya di mata dunia. Bukan.
Yang lebih bermakna di atas bumi itu adalah manusia yang hidup di atasnya. Kerana, yang memaknakan bumi itu adalah manusia yang menjalankan kemanusiaan, sesuai dengan fitrahnya sebagai makhluk berperasaan dan berakal. Kemanusiaan yang membela kanak-kanak, wanita, orang tua, keluarga dan termasuk diri sendiri. Kemanusiaan yang ditegakkan tanpa menindas manusia lain. Kemanusian yang dilakukan dengan perkara yang sepatutnya dilakukan oleh seseorang yang bernama insan. Kemanusiaan yang selari dan selaras dengan konsep makhluk bertuhan dan bertanggungjawab sebagai khalifah di atas muka bumi itu.
Kemudian, barulah datang keamanan dan kesejahteraan, seperti yang difirmankan Tuhan;
Baldatan Toyyibatun, Wa Rabbun Ghafur
Namun, jika terang-terang kemanusian yang berlandaskan slogan yang diwahyukan Tuhan itu dilanggar, dizalimi dan ditindas, maka tiada jalan lain lagi selain daripada menghalang dan mencegah. Perjuangan yang bersungguh-sungguh jadi wajib, bagi pendokong-pendokong kemanusiaan itu. Jangan dijadikan alasan ketidakupayaan dan ketidakberadaan di bumi yang sedang sengsara untuk tidak sama-sama bersungguh-sungguh berjuang.
Senjata bukan sekadar senapang dan peluru, meskipun saat ini, mereka yang dilaknat itu menggunakan bom dan kereta kebal untuk memusnahkan kita, pendokong kemanusiaan yang bersaudara ini. Banyak lagi boleh diperjuangankan dan boleh kita sertai dalam medan peperangannya. Takkan kita tidak tahu yang mereka membeli peluru itu daripada wang. Mengapakah kita, yang tidak berada dalam keadaan darurat peperangan, tidak berusaha menjahanamkan ekonomi mereka dengan keringat kita sendiri. Mudah sahaja; antara mahu dan tak mahu. Juga antara berlagak sombong atau prihatin kepada saudara sefahaman dan seagama.
Cukuplah derita yang dipaksakan oleh binatang yang sudah kehilangan otak dan kepala. Yang sudah buta dan tuli daripada menerima wahyu-wahyu yang memaknakan manusia dan kemanusiaan itu. Kita, yang mendokong dan hidup dalam kemanusiaan ini, sepatutnya menghambat mereka daripada muka bumi, seperti mana yang telah mereka lakukan kepada kita selama ini. Kali ini, sungguhpun tiada apa-apa senjata api, kita mempunyai senjata ekonomi. 1.3 Billion bukan jumlah yang sedikit untuk memampuskan ekonomi mereka yang sedia nazak itu.
Mulakan hari ini dengan menghindar produk dan matawang mereka.
Kemudian, ajaklah abah, mak, opah, tok wan, adik-adik, sepupu sepapat, saudara mara, kekasih, kawan-kawan, cikgu-cikgu dan jiran-jiran untuk menghapus terus pasaran mereka daripada hidup di negara ini.
Kemudian, dengan izin-Nya, kita akan mengajar mereka yang tidak mahu membuka hati dan menggerakkan panca indera daripada memahami erti kemanusiaan itu.
Saat ini, mahukah anda menyokong kemanusiaan atau kebinatangan?
Friday, January 9, 2009
Bumi Itu Sengsara
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment