Saturday, January 19, 2008

Oh Tanah Airku...! (2) - Itulah Masalah Sasterawan!

Oleh: Muhaimin









Itulah Masalah Sasterawan!
http://muhaiminsulam.blogspot.com
Assalamualaikum.
Sewaktu aku belajar sastera di bangku sekolah dulu; semakin sukar memahami sesuatu puisi atau ungkapan dalam novel - ahhh itulah yang dinamakan sastera! Naik pening kepala memikirkan `sajak kabur' dan puisi yang terlalu puitis sehingga aku sendiri semakin bodoh dan diperbodohkan oleh sang penyair! Namun, ketika itulah juga terputik dalam benak kepala aku, aku nak jadi sasterawan!
Apabila aku mula menulis puisi, kadangkala ingin juga mendera otak pembaca. Alangkah kejamnya penyair ini! Kemudian aku cuba beralih kepada cara penyair mempamerkan `pemberontakan'nya. Yang ini aku selalu mencontohi gaya Chairil Anwar, penyair tanah seberang; Aku binatang jalan,dari kumpulan yang terbuang! Namun masyarakat aku yang dikatakan pentingkan sopan santun kurang menerima cara ini. Apatah lagi jika membaca novel Shit, karya Cikgu Shahnon. Tak sempat habis baca - meloyakan! Apatah lagi jika si pembaca itu hanyalah pelajar sekolah menengah.
Lalu menulis gaya romantisme, - tapi tidak seperti lelaki sejati!
Novel popular memang menarik - kerana ceritanya mengikut kehendak selera pembaca (biasanya stereotype). Tak mencabar intelektual, mungkin sekadar ada sedikit pengajaran (kepada yang nak cari pengajaran). Inikan dunia popular. Jadi jangan hairan kalau pegawai kerajaanpun mahu cari yang popular. Semua pakat cari yang popular - macam Malaysian Idol! Pihak berkuasa memang `manja'kan intelektual pelajar - bagi membentuk pelajar segera (sejenis mi segera yang sedap dimakan)
Oleh itu, langkah kementerian yang bercadang nak ambil novel popular sebagai buku Komsas, bagi aku hanyalah gambaran kepada kegagalan penyair dan kalangan yang disebut sasterawan (biarpun ala kadar) berada di tengah masyarakat dan sekaligus kegagalan kerajaan mengangkat intelektual masyarakat.
Sasterawan sejati jangan duduk di atas kayangan, atas awan - mari turun ke bumi, berlembah selut! Bercakap dengan bahasa masyarakat, dengan nadi umat.

No comments: