Wednesday, November 28, 2007

Ulasan puisi 'Di Saf Ini' karya Khairi Idham

Oleh: Latifah Abdul Wahab


DI SAF INI

Di saf ini
aku kerdil di hadapan-Mu
bertakbir mengagumi keagungan-Mu
menghalusi ungkapan kalimah suci-Mu
bertahmid menyukuri-Mu
sujud pasrah kekuasaan-Mu

Kuluruskan barisan ini
bahu bertemu bahu
tumit bertemu tumit
tanpa seinci pun jurang yang menjadi saksi
ruang untuk syaitan memasang strategi
menggoda mengundang alpa dan leka

Telah kau tetapkan temujanji ini
Bersedia siaga dalam saf begini
lima waktu janjinya
aku terus menemui-Mu
berkasih dan bercinta
di bumi-Mu tempatnya
di rumah-Mu afdhalnya
di saf ini medannya

Maka pertemuan kita pada saf ini
Menjadi rutinku tanpa rasa jemu
kuadukan rasa rindu di kalbu
dalam setiap lafaz bicaraku
izzah membesarkan keagungan-Mu
syukur memuji anugerah-Mu
mohon sinar petunjuk-Mu

Dan apabila saf itu akhirnya bubar
kubawa diri berkelana di bumi ini
mencari rezeki yang Kau limpahi
dan Kau terus sahaja memerhati
sehingga bertemu lagi di saf ini
untuk sekian kalinya.

Moscow,2234 oktober 23,2005
khairil idham ismail



DI SAF INI

"Di saf iniaku kerdil di hadapan-Mu
bertakbir mengagumi keagungan-Mu
menghalusi ungkapan kalimah suci-Mu
bertahmid menyukuri-Mu
sujud pasrah kekuasaan-Mu"


[Logiknya kita ni sememangnya kerdil disisi-Nya pada bila-bila masa tidak 'di saf ini' sahaja. Jadi yang nak digambarkan oleh penyair ialah kelebihan berada di saf solat yg menyebabkan rasa kekerdilan itu menebal...mungkin jika boleh diungkapkan begini:-

"di saf inikekerdilan semakin terasa
pabila takbir terdengar kanan dan kiri
di dahului imam, kaifiat kami ikuti
serentak bertakbir kebesaraan-mu agungkan
serentak bertahmid, engkau yg kami puji
serentak bersujud kekuasaan-Mu kami pasrah"]





"Kuluruskan barisan ini
bahu bertemu bahu
tumit bertemu tumit
tanpa seinci pun jurang yang menjadi saksi
ruang untuk syaitan memasang strategi
menggoda mengundang alpa dan leka"

[ Elok guna perkataan saf dari perkataan barisan , sebab tajuknya saf. Hakikatnya terlalu sempit juga akanmengundang banyak masalah dan tumpuan solat akan goyah. Saf yg luruf menandakan satu disiplin yang tegas, menisfestasi satu 'jalan yg lurus' (sirotal mustaqim ) yang dilafaz dalam surah fatihah. jadi cuba garapkankelurusan saf dengan makna doa mohon 'jalan yglurus'...]

"Telah kau tetapkan temujanji ini
Bersedia siaga dalam saf begini
lima waktu janjinya
aku terus menemui-Mu
berkasih dan bercinta
di bumi-Mu tempatnya
di rumah-Mu afdhalnya
di saf ini medannya"


[berada dlm saf bermakna berjemaah, sedangkan'temujanji' solat itu wajib walaupun tanpa saf (jemaah). Solat untuk 'berkasih dan bercinta' tak begitu mendalam maksudnya, kerana ada bahang 'asmara' pula terbabit dlm kalimah 'berkasih dan bercinta ' yang biasa untuk orang awam memahami. Jadi jika niat untukmenggambarkan kelebihan jemaah (saf) maka pemilihan kalimah itu penting... berada di saf di masjid adalah lebih afdhal, di masjid sorang diri pun tak afdhal.]

"Maka pertemuan kita pada saf ini
Menjadi rutinku tanpa rasa jemuku
adukan rasa rindu di kalbu
dalam setiap lafaz bicaraku
izzah membesarkan keagungan-Mu
syukur memuji anugerah-Mu
mohon sinar petunjuk-Mu"

[Apa yg cuba digambarkan oleh penyair ialah aktivit berjemaah yg cuba dijadikan rutin yg mengembirakan. Tapi kalimat diulang seperti rangkap pertama juga. Jadi rangkap ini kurang kelihatan besemangat.]

"Dan apabila saf itu akhirnya bubar
kubawa diri berkelana di bumi ini
mencari rezeki yang Kau limpahi
dan Kau terus sahaja memerhati
sehingga bertemu lagi di saf ini
untuk sekian kalinya."

[emm patutnya ada rasa kepuasan diungkap selepas beradadi saf ini. dan ungkapan pengharapan ingin beradadisaf ini lagi bagi membibitkan dan menyuburkankeindahan solat di saf ini.cuba lagi.. kak pah ni sekadar memberi komen , kalaukak pah buat pun tentu tak sempurna juga. selamatberpuisi]