Thursday, May 14, 2009



Jika dapatlah kamu kuasai untamu
kau pun akan menguasai dunia

Muhammad Iqbal, Asrar-i-Khudi, 1966: 35

Assalamualaikum.

Sekadar berkongsi artikel yang saya fikir sangat bermanfaat untuk kita semua. Antara kandungan yang menarik:

Penaka Umar, turunlah dari untamu
waspadalah kau dari kurnia orang lain

Muhammad Iqbal, Asrar-i-Khudi, 1953: 32

Aduhai penduduk Barat,
bumi Allah ini bukanlah warung.
...
Kebudayaanmu akan membunuh diri sendiri
oleh kerja tanganmu.

Muhammad Iqbal, Asrar-i-Khudi, 1966: 85


Mim dan Alif tak bakal sampai ke mana-mana
sejarah akan merobek kerana kalian mengambil
nafsu-nafsi sebagai sahabat
sejuta kata yang luncur dalam
ibarat lumpur terlempar kembali
ke muka sendiri.
Kemala, Ziarah Tanah Kudup, 2006: 11




'Perbandingan kedua2 teks karya penyair Kemala (Malaysia) dengan Muhammad Iqbal (Pakistan) menggunakan pendekatan tematik, menunjukkan kedua2 penyair menggunakan tema yang sama iaitu isu sosial sesama umat Islam yang melanda umat Islam di seluruh dunia. Cuma mereka hidup pada zaman yang berbeza, iaitu Muhammad Iqbal hidup pada zaman penjajahan Inggeris di Benua Kecil India (Pakistan) dan Kemala hidup pada zaman kini yang bebas merdeka tetapi dihambat semula oleh penjajahan bentuk baharu yang disebut globalisasi.

Namun, hadaf kedua2 orang penyair ini tetap sama iaitu mencetuskan kesedaran kepada umat Islam agar bangkit membina kecemerlangan dalam kehidupan duniawi dan ukhrawi berasaskan prinsip ajaran Islam. Cuma Kemala menggunakan bentuk puisi bebas dan Muhammad Iqbal menggunakan bentuk masnawi yang sudah diakrabinya sejak mula berkarya hingga ke titik akhir penulisannya.
'

Selamat membaca!
KLIK gambar untuk besarkan.

No comments: