Friday, April 24, 2009

Filem Mereka dan Filem Kita


Oleh Siddiq Osman
http://pujangga-kembara.blogspot.com

Mungkin kalau orang filem baca analisa rambang ini mereka akan rasa ia satu analisa cetek seorang penonton yang tak berpengalaman. Sebenarnya baru baru ini aku dan rakan rakan baru pasang TV satelite yang ada 322 channel dan 1## tidak perlu berbayar. Jadi, kami berpeluang mengikuti perkembangan dunia dan juga perkembangan dunia perfileman.

Dalam banyak-banyak siaran negara arab yang selalu kami tonton boleh dikatakan 70 peratus darinya filem Inggeris. Aku hampir menyoal diri kenapa orang Islam tidak larat nak buat filem sebaik Hollywood atau sekurang-kurangnya semacam Bollywood. Aku baru sahaja menonton Slumdog Millionaire katanya itu filem orang Islam dari mesir tetapi dilakonkan di India. Aku kurang selidik tapi jalan ceritanya bagus dan lakonannya juga hidup gambar yang real. seolah olah melihat reality. Begitu juga filem filem Iran yang berkaliber sehinggakan baru-baru ini Sudan menjemput Iran membuka kelas perfileman di negara mereka.

Masalahnya sekarang kita tahu Amerika filemnya propaganda yahudi. Kita tahu British filemnya propaganda kristian. Apakah usaha kita untuk menentang mereka dalam arus ini? saya juga baru selesai menonton filem antoo fighter dan cicakman. kesimpulan yang saya buat setelah membandingkan beberapa filem inggeris, china, iran, India dan filem kita (Malaysia). Saya nampak mentaliti penonton bagi filem filem ini sangat berbeza. Hollywood suka mempamerkan kebijakan mereka sampai kadang kadang mereka menipu untuk mengatakan mereka bijak. China dengan harga diri mereka yang kononnya tinggi tak boleh dibeli dengan dunia. Iran dengan nilai kemanusiaan mereka yang kreatif diolah dalam filem yang menyentuh jiwa. India menipu dunia dengan kisah cinta sedangkan mereka lebih dikenali dengan hati kering dan kejam (terbukti dalam peristiwa MAsjid Babri). Tetapi filem kita? Saya hairan kenapa orang filem negara kita suka mempamerkan gaya bodoh dan dialog lemah dalam filem.

Antoo Fighter grafiknya agak baik tapi filemnya sampah. Cicakman begitu meniru filem superhero barat dan kostum yang buruk. Kita tengok puteri Gunung Ledang gebang modal juta juta itu sudah menggiurkan naluri hantu movie saya untuk menonton tapi dialognya hancur. Saya suka filem melayu seperti Leftenan Adnan Embun Paloh bukan kerana sejarah tetapi kerana bahasa dan latarnya bagus. Kita lihat orang kita cuba mementaskan mesej dengan seni. Tetapi ya ada adegan adegan Haram yang mesti dielakkan dalam cerita-cerita itu.

Saya tak pasti berapa kali pengarah kita ulang tonton filemnya sebelum di layar perakkan. Tetapi saya pasti ianya sekadar nak bagi siap. Penonton melayu bukan kisah sangat yang penting mereka ada cerita nak pergi panggung. Inilah sebab orang kita tak maju dalam industri ini. Sudahlah tidak menguntungkan bangsa, merugikan pula. kita ada penulis-penulis yang bagus. Ramlee Awang Mursyid ada banyak novel thriller yang baik untuk difilemkan. Faisal Tehrani juga bagus dalam karya fiksyen sejarahnya. Kisah cinta tak perlu diberi saranan orang melayu sudah pandai buat cerita cinta sedangkan kini cinta hanya jadi pemanis mulut dalam cerita.

Kita perlu belajar buat filem dalam keadaan menjaga adat, jaga agama dan juga jaga seni. cukuplah cerita-cerita bodoh seperti zombi kampung pisang, antoo fighter dan seumpamanya. Kita sudah berada di era membangun. Bangunkan anak bangsa kita bina jati diri. sepatutnya kita sudah filemkan konflik politik negara. Konflik poltik negara kita menarik dan unik penuh satira jadi apa salahnya kita jadikan ianya filem?

1 comment:

Anonymous said...

salam...sy sokong post ini 100%!filem m'sia hr ni byk meniru filem luar, x kra la holly ke, bolly ke, or china sekalipun..mcm xde identiti sndiri..why not kalau novel RAM,faisal tehrani,or else difilemkan? msg2 ada kelbihan sndiri..sy bknlah expert filem negara, tp filem yg dprtontonkan hr ni,lgsg xde isi..skadar hiburan & lawak yg dh basi..org m'sia bkn sume blajar dlm m'sia je...ade yg fully graduate from uk,jepun,& byk lg..mentaliti diorg lbh jauh..jgn tersinggung@tercuit@terasa@trkilan kalau ade antara mrka yg pndg filem m'sia ni sblah mata je..filem fction sklipun,kalau ade isi&msj pntg,x mstahil blh jd blockbuster..x gitu?hehehe...skadar menyatakan pndpat...