Saturday, March 14, 2009

Kemahiran Mengkritik

Oleh Fadhil Noor (Jordan)
http://aladibafzan.wordpress.com/

Ramai yang tidak menyedari akan kepentingan sastera dalam kehidupan, malah ramai yang tidak yakin akan kepentingan mempelajari kritikan sastera.

Kritikan boleh didefinasikan sebagai satu ilmu atau seni yang memahami sesuatu teks itu sambil menyemak ketulenan sesuatu teks itu bersandarkan kepada: kesahihan teks, sejarah, pembentukan, rujukan dan sifatnya.

Apabila kritikan itu disandarkan pula kepada sastera, ia telah menghasilkan definisi baru iaitu, menyemak ketulenan sesuatu teks sastera serta pengaruhnya disamping membezakan antara yang baik atau yang buruk daripadanya.

Ilmu pengkajian sastera ini perlu melalui beberapa kaedah, disamping perlu mengetahui metodologi yang telah dirintis oleh pengkritik- pengkritik, tidak kira pengkritik orientalis ataupun pengkritik sesuatu bangsa itu.

Tetapi, di dalam penulisan ini saya lebih menjurus kepada kritikan sastera arab, kerana beberapa teori telah dihasilkan daripada kritikan sastera arab, in termasuklah teori plagiat syair, teori pembinaan bait syair, lafaz dan makna, teori semulajadi dan kreatif, serta teori kecurian syair arab.

Beberapa persediaan sebelum mengkritik/ mengulas karya:

1- Pastikan sesuatu teks itu sebelum dikritik telah difahami maksudnya dan dinilai secara kreatif

2- Tentukan teori yang hendak diguna pakai untuk mengkritik, contohnya apabila kita hendak mengkritik teks sastera arab, kita akan mengguna pakai teori yang diperkenalkan oleh pengkritik arab.

3- Pastikan kritikan anda tidak bias atau berat sebelah. dan pastikan kritikan itu bernas dan boleh diterima pakai oleh semua lapisan masyarakat.

4- Banyakkan membaca karya- karya kritikan sastera yang anda gemari. Lebih- lebih lagi apabila anda menumpukan kepada sastera sesuatu bangsa.

5- Jangan terlalu menghentam sesuatu teks itu tanpa anda mempedulikan tujuan sesuatu teks itu ditulis atau dihasilkan.

No comments: