Saturday, March 21, 2009

Akhbar bukan lagi wadah pemikiran rakyat


Oleh Siddiq Osman (Sudan)
http://pujangga-kembara.blogspot.com

Saya sungguh kecewa dengan media massa Malaysia yang sangat kejam pada rakyat dalam laporan mereka. Kalau dahulu saya merasakan wartawan adalah golongan elit sastera yang paling berani mendepani wadah pemikiran rakyat. Menjadi sandaran pendapat rakyat. Tetapi kini Akhbar dan stesen berita seperti sampah yang merosakkan pemikiran bangsa. Ini semua kerana berlaku korupsi dan kebaculan sastera di kalangan penyiar. Saya yakin masih banyak penulis yang mahu mengembalikan kegemilangan Akhbar seperti yang berlaku pada zaman pra kemerdekaan.

Tetapi kini Akhbar sudah mengkhianati bahasa sendiri. PPSMI sepatutnya dibantah oleh semua akhbar melayu sebelum rakyat turun padang. Ini tidak, bahkan akhbar menafikan suara rakyat dalam melaporkan penentangan rakyat dalam menegakkan benang yang berendam air mata. PPSMI. Penjajah lebih adil bila tidak menerbitkan akhbar menurut kehendak mereka semasa bertentangan dengan pejuang kemerdekaan.

Apakah kerana yang memperjuangkan pemansuhan PPSMI ini kebanyakannya dari pembangkang menyebabkan akhbar perlu memutar belit fakta? Jelaslah kenapa Blog begitu mendapat sambutan dalam segenap isu di malaysia. Ini kerana rakyat mahu membaca sesuatu yang adil. Sesuatu yang tidak memperbodohkan mereka. Kini rakyat sudah benci kerajaan sendiri seolah olah Malaysia kini dijajah oleh BN dan khasnya UMNO. Perlembagaan sudah tidak menjadi panduan suci dari campurtangan dan pelanggaran kuasa politik. Ini semua sepi dari dilaporkan oleh akhbar nasional.

Dengan keadaan ini saya menyeru berlaku pemboikotan besar besaran oleh semua pembaca, penulis dan pengkritik ke atas beberapa akhbar nasional terutamanya Utusan Malaysia dan juga Berita Harian. DBP mesti kembali berperanan dengan lebih aktif dan agresif. Mesti lebih bebas dan cergas. JIka DBP juga bacul maka Bahasa Melayu hanya akan dikenang dalam sejarah perjuangan dahulu kala. Tidak lagi bersemi di bumi sendiri. Saya harap penulis baru tidak lagi menghantar karya di Utusan Melayu, Berita Harian. Saya rasa kadang kadang majalah pop seperti URTV dan MANGGA lebih sedikit kerosakannya dari akhbar utama Malaysia.

Majukan bahasa kerana agama. Perlihara agama bangsa terjaga.

No comments: