(Zaid Akhtar dan Fahd Razy bergambar bersama SN Arenawati pada tahun 2006)
Petikan Utusan Malaysia:
Sasterawan Negara meninggal
Oleh MOHAMAD SHOFI MAT ISA
pengarang@utusan.com.my
KUALA LUMPUR 25 Jan. - Sasterawan Negara 1988, Muhammad Dahlan Abdul Biang atau lebih dikenali sebagai Arenawati meninggal dunia pada pukul 1.30 pagi ini kerana komplikasi penyakit kanser paru-paru.
Allahyarham yang berusia 83 tahun menghembuskan nafas terakhir di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) selepas empat bulan menerima rawatan di hospital tersebut.
Menurut anak sulungnya, Rahmah Wati Muhammad Dahlan, 53, bapanya menghidap komplikasi kanser paru-paru yang mengakibatkan ketumbuhan di kepala serta kencing manis dan masalah jantung.
''Selain itu, arwah juga menderita lumpuh separuh badan akibat terjatuh di rumahnya pada pertengahan Ramadan tahun lalu dan dimasukkan ke PPUKM pada 20 September lalu,'' katanya ketika ditemui di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara di sini hari ini.
Allahyarham meninggalkan seorang balu, Halimah Sulong, 77, dan enam orang anak Rahmah Wati; Heryati, 52; Ilhamuddin, 51; Ratna Siti Akbari, 49; Hasanuddin, 48; dan Kamaluddin Rostov, 45.
Sepanjang penglibatan Allahyarham dalam bidang penulisan, beliau telah berjaya mendapat beberapa anugerah.
Antaranya anugerah SEA Write Award 1985, Anugerah Sasterawan Negara 1988, Sukma Angin 1999, Hadiah Sastera Perdana Malaysia 1998/99 serta pemenang hadiah sastera Majlis Sastera Asia Tenggara (Hadiah Mastera) 2003.
Novelnya yang pertama ialah Kisah Tiga Pelayaran pada tahun 1959 di Singapura dan selepas itu beliau terus giat dalam penulisan.
Antara karya Allahyarham Lingkaran (1962), Sandera (1971), Bunga Dari Kuburan (1987), Kuntum Tulip Biru (1987), Sakura Mengorak Kelopak (1987) dan Panrita (1993).
Tuesday, January 27, 2009
Negara Kehilangan Permata
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment