Oleh: Ummu Hani Abu Hassan
http://ummuhani.com
Junta kerdil yang bangkit dari hegemoni sekularisasi di Asia-Barat.
Menyoroti sejarah perjuangan ringkas Rasulullah SAW tadi, kita tidak akan berasa hairan mengapa gerakan dakwah yang diklasifikasikan oleh rejim korup sebagai ‘kumpulan radikal’ini berkembang dan mengungsi massa. Paling akrab adalah Ikhwanul Muslimin yang muncul di Mesir (1924) dan HAMAS di Palestin (1987). Sejak pendudukan Yahudi dalam negara haram Israel yang merompak sebahagian tanah Palestin pada tahun 1948, sebahagian besar umat Islam di Asia Barat bersatu bawah label haraki Islam bagi membebaskan hegemoni penjajahan barat dan Israel.
Para musuh Islam dengan tradisi lamanya membenci Nabi Muhammad SAW dan para pengikutnya, tidak pernah putus asa merangka strategi menghapuskan Islam dari peta pemikiran manusia. Proksi zionis menemukan formula baru selepas berakhirnya colonial negara dengan cara yang amat mudah iaitu menghilangkan akidah dan ukhwah dalam diri masyarakat Islam, Dua senjata itulah yang mengangkat martabat umat Islam sejak tumbuhnya di Mekah.
Nyata, para musuh Islam telah berjaya dengan gemilang membumikan program secular iaitu pemisahan agama dari urusan kehidupan. Pada tahun 2009, kita adalah masyarakat yang berabad lamanya diberi pelali secular ini sehingga kiblat urusan kita berpecah dua; dunia dan akhirat. Tidak ada penyatuan pada tindakan sosial, ekonomi, politik dan pendidikan dengan Islam. Para pemimpin Islam yang menganut faham secular ini menjadi benci dan takut kepada golongan agama. Inilah terjadi di negara-negara umat Islam termasuk di Asia Barat.
Berbeza dengan negara Arab lain yang mengamalkan politik monarki mutlak, HAMAS muncul sebagai pemerintah yang sah setelah memenangi pilihanraya demokrasi 200enam. Manurut Pengarah Pusat Kecemerlangan Palestin (PACE), Prof Madya Dr Hafidzi Mohd Noor, negara-negara Arab seperti Jordan, Mesir, Arab Saudi dan Syria tidak mengamalkan sistem demokrasi kerana bimbang rejim korup mereka ditolak, pastinya rakyat akan memilih pemimpin yang berjiwa Islam seperti Ikhwanul Muslimin dan HAMAS. Oleh itu, kemenangan HAMAS pada pilihanraya Palestin 200enam, bukan sahaja dinafikan oleh rejim Israel tetapi juga kalangan negara-negara Arab lain.
Serangan Israel yang dilancarkan di Tebing Gaza bermula 27 Disember lalu adalah kemuncak kebencian Israel terhadap umat Islam Palestin yang dinaungi HAMAS. Walaupun lebih 700 nyawa telah hilang, hampir 3000 mangsa cedera dan beribu-ribu penduduk Gaza diancam keselamatan nyawa, negara-negara Arab jiran termasuklah para pemimpin pembangkang di Palestin tidak menunjukkan taring kecaman terhadap usaha jahat proksi zionis itu. Malahan, rata-rata pemimpin Arab menyalahkan HAMAS sebagai punca kesengsaraan rakyat Palestin. Mereka menggalakkan rakyat untuk bangkit menyelar HAMAS seterusnya menamatkan pemerintahan di Palestin. Keaadan berlaku sebaliknya apabila rakyat Palestin walaupun diasak kehilangan nyawa, tetap memberikan sokongan padu kepada HAMAS. Ini menekan Israel untuk lebih mara dan beraksi ganas seolah mahu menghilangkan Palestin secara total dari peta dunia.
Apakah yang mengukuhkan semangat HAMAS? Jika dikaji, tidak mungkin sebuah gerakan yang kecil seperti HAMAS akan mampu menentang zionis Israel yang bertunjangkan kuasa besar dunia iaitu Amerika Syarikat. Tambahan, rata-rata negara Islam lain menghadapi kesulitan menyalurkan bantuan terutama pensenjataaan dan ketenteraan ke Tebing Gaza. Resolusi terbaru PBB supaya diadakan genjatan senjata secepat mungkin tidak dipedulikan rejim zionis itu. Dalam waktu yang sama, berpuluh-puluh nyawa terbang setiap waktu dengan cara pembunuhan yang melampaui batas kemanusiaan; pengeboman di tempat awam, bedilan peluru ke rumah-rumah yang dikepung, serangan dari tiga penjuru; udara, air dan darat secara radikal serta menutup sempadan bagi menyekat bantuan kepada masyarakat Palestin.
Walaupun begitu, kita tidak dapat mengutip fakta yang tepat dek penyaluran berita dari agensi-agensi barat seperti AFP dan AP. Tentunya terdapat penyaringan maklumat terutama yang berkait dengan HAMAS. Namun, setelah lebih dua minggu zionis Israel melancarkan serangan, pihak HAMAS tidak menampakkan tanda-tanda menyerah kalah. Setiap hari, HAMAS turut melayangkan roket ke Wilayah Israel serta julung kalinya, ia mampu mensasar sejauh enam puluh km. Ini membayangkan bahawa kekuatan HAMAS tidak mampu dijangkakan
Umat Islam juga yakin, dorongan spiritual yang tinggi dalam dada pemimpin HAMAS dan masyarakatnya akan meraih bantuan ghaib seperti yang berlaku dalam siri peperangan Rasulullah SAW menentang tentera musyrikin. Kita juga mempercayai, bantuan ghaib ini akan melemahkan pihak musuh dari pelbagai cara misalnya, mereka menyerang sesama sendiri akibat salah-sangka, tekanan psikologi melihatkan keimanan umat Islam serta kerakusan mereka itulah yang akan menghancurkan diri mereka sendiri. Dunia pastinya akan membuka mata pada kebenaran; siapakah musuh dan pengganas sebenar yang diwacanakan kuasa besar dunia kalau tidak Israel laknatullah?
Paling utama, para pemimpin dunia ramai yang akan mencabar PBB supaya rejim zionis pimpinan Olmert ini akan dihadapkan ke muka pengadilan antarabangsa. Tidak mustahil, kebinatangan yang dilakukan ini akan menyebabkan seluruh bangsa manusia berhati dan menjauhkan diri dari bangsa yahudi serta memulaukan apa sahaja hubungan dua hala dengan mereka.
Kebenaran pasti datang. Dan umat Islam yang beriman sedang bersiap-sedia menyambut kedatangan Imam Mahdi yang akan menjadi penyelamat dunia sebelum tibanya ketua orang-orang kafir iaitu dajjal laknatullah.
Sunday, January 11, 2009
Dari Mana Datangnya Kekuatan Hamas?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment