Deklamasi oleh Fahd Razy sewaktu program Bicara Penulis Remaja anjuran Pelajar Tahun Akhir Fakulti Pengajian Pendidikan UPM (6 September 2008)
Menyembelih Haiwan
(Kau Zionis, akan kami sembelih segala kebinatangan!)
Batu Rakit, Terengganu
4 Ogos 2006
Kau Zionis- karnivor lapar yang terlepas
dari sangkar terbakar; di taring ghairah
terselit daging kemanusiaan
yang kaukunyah
sesudah bangkai demokrasi yang terhulur
dalam mimpi-mimpi melarat kami
tersangkut
di kerongkong muslihat.
Sejuta puisi luka kami kau baca
dengan ngauman para syaitan,
kautelan tembang rayu anak-isteri kami
dengan salakan haiwan- lalu harum maruah
yang bersepah di tanah air kami
kini warnanya merah merahsiakan
bahasa darah; itu warna sengsara
yang membasuh debu pada mainan
anak-anak kami; itu bahasa derita
yang telah disunyikan
dalam percakapan jihad kami.
Kau Zionis- haiwan maging
yang lupa nikmat kenyang.
Jangan, jangan sesekali kaubenamkan cakar bernanah
ke bumbung rumah kami.
Kami pahlawan berjiwa Umar,
kami watan yang melupakan gentar;
sedebu api yang dikirimkan
ke kebun iman kami
telah menjagakan seribu Salahuddin; terluka
dan menghunus pedang murka.
Kerakusan para haiwan akan tersembelih
di hujung tajam keimanan.
Kebinatangan akan dibunuh
oleh selafaz takbir perjuangan.
Kau Zionis- karnivor liar dari kandang terbiar;
telah kautukar kami- putih seekor merpati
menjadi merah sejuta ababil!
Fahd Razy
Dewan Sastera, September 2006
Antologi Puisi Wilayah Cinta, 2007
Friday, September 12, 2008
Menyembelih Haiwan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment