Oleh Rebecca Ilham
Cerpen adalah cerita pendek, maka setiap elemen cerpEn yang
diketengahkan pengarang hendaklah mempunyai signifikasi sendiri dalam
menyampaikan persoalan tunggal cerpen itu sendiri.
Salah satu elemen cerpen yang penting ialah latar atau setting. Latar
terbahagi kepada beberapa pecahan iaitu latar tempat, latar watak dan
latar masa (minta tambah kalau saya tertinggal). Kali ini saya mahu
menyentuh tentang latar tempat dan latar masa sahaja. Kedua-dua latar
ini boleh dibincangkan bersama kerana berlaku kerapkali akan berlaku
redundansi antara keduanya semasa menulis.
Latar tempat dan masa dalam cerpen penting kerana ia mengehadkan ruang
dan memberi mindset tertentu kepada pembaca. Tanpa latar tempat yang
jelas, pembaca akan berasa seolah-olah watak-watak terapung-apung di
dalam suatu ruang lingkup yang luas (Dr Othman Puteh, Panduan Menulis
Cerpen). Secara tidak langsung ini akan menimbulkan kesan kurang
selesa sepanjang pembacaan. Selain itu, dengan adanya latar tempat dan
masa, pengarang mempunyai peluang yang besar untuk menggunakan teknik
pemerian (teknik plot!) dalam membina plot ceritanya.
Cerpen adalah karya kreatif berbentuk fiksyen, secara peribadi saya
berpendapat karya genre ini seharusnya mampu membawa pembaca
mengembara ke tempat (atau alam) lain. Tetapi ini tidak bermakna latar
tempat dan masa boleh dibina sambalewa sahaja. Unsur-unsur alam yang
biasanya dikaitkan dengan kedua-dua jenis latar ini sepatutnya
mempunyai kepentingan sendiri dalam karya. Seperti puisi yang kerap
menggunakan unsur-unsur alam sebagai simbol dan perlambangan, perkara
yang sama boleh dilakukan dalam cerpen. Di sinilah gunanya teknik
pemerian, kerana sebagai simbolisme, latar tempat dan/atau masa tadi
kurang puitis andai disuakan sebagai perlambangan langsung kepada
pembaca. Sebaliknya, ia sepatutnya dilakukan dengan penuh subtle dan
diserahkan kepada penaakulan pembaca sendiri. Dalam erti kata lain,
perlu show but NEVER NEVER NEVER tell! (Dalam erti kata lain, never
insult the readers' intelligence)
Sebagai penuntut di luar negara yang berpeluang mengembara di negara
orang dan kawasan-kawasan sekitarnya (saya berani teka hampir semua
pelajar di Eropah tentu paling tidak pernah menjejak Al Andalus,
bukan? Yang di US wajib pernah jejak LA atau NY?), kita mempunyai
sumber yang banyak untuk dimanfaatkan dalam penulisan. Barangkali kita
hanya perlu lebih teliti memerhati dan menghubungkan sesuatu elemen
dengan yang lain. Jalan mudah mungkin tiada, kecuali terus menulis.
Kematangan karya akan terserlah andai kita istiqamah dan sentiasa
mencari jalan memperbaiki diri.
JOM CERPENNNNNN!
-Rebecca Ilham, Mines Park
Thursday, August 7, 2008
LATAR MASA DAN TEMPAT DALAM CERPEN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment