Monday, July 14, 2008

Kumpulan puisi 'Menggeledah Nurani'

GKLN melalui sayap penerbitannya, GKLN Publishing House atau GPH (melalui ekaryawan enterprise) telah melangkah setapak lagi dalam kegiatan penerbitan buku. Setelah giat menerbitkan beberapa buah antologi cerpen dan puisi sebelum ini, pada tahun ini, GPH akan memulakan projek menerbitkan buku-buku perseorangan (seperti kumpulan cerpen dan puisi) dengan matlamat memperkenalkan individu penulis dari GKLN secara lebih berkesan kepada dunia sastera tanah air. Projek ini dimulakan dengan penerbitan kumpulan puisi 'Menggeledah Nurani' oleh Fahd Razy, yang akan bakal berada di pasaran pada Ogos ini. Selepas penerbitan kumpulan puisi ini, projek ini bakal diteruskan dengan penerbitan karya perseorangan ahli-ahli GKLN yang terpilih.

(Kredit kepada rakan dari Dublin, M Hafiz Hashim aka Ipin yang menyiapkan ilustrasi kulit buku kumpulan puisi ini)

Design 1


Design 2



Juga bakal berada di pasaran, antologi puisi 50 penulis luar negara'Bahasa Bumi'.
Design oleh Alirfan Jindullah

No comments: