Sunday, April 20, 2008

Projek Sumbangan Buku Diteruskan!







Jika sebelum ini Grup Karyawan Luar Negara telah berjaya mengumpul sejumlah naskhah sastera untuk projek sumbangan buku kepada surau Royal College of Surgeon, Ireland, kini usaha yang sama telah diteruskan di dua institusi pengajian tinggi yang lain iaitu National University of Ireland, Galway dan Penang Medical College di Malaysia. Sekitar 10-20 naskhah buku telah berjaya dikumpul dan akan ditempatkan di lokasi-lokasi yang bersesuaian di IPT terbabit (surau CSI di Galway, dan perpustakaan di PMC).

Naskhah-naskhah terpilih meliputi karya-karya penulis tersohor seperti SN Shahnon Ahmad, Azizi Hj Abdullah, HAMKA, Faisal Tehrani, Aminah Mokhtar dan ramai lagi. Sebagai kesinambungan, pihak GKLN berharap dan bercadang untuk meneruskan projek ini di lokasi-lokasi yang berbeza dengan harapan dapat mengakrabkan khalayak pelajar khususnya yang berada di luar negara dengan khazanah sastera tempatan yang sering kali dipinggirkan dalam kepesatan pembangunan dan pendidikan negara.





















No comments: