Monday, March 17, 2008

PROMOSI: Lingkaran Sastera Adelaide



Atas kesungguhan dan kegigihan rakan-rakan di Adelaide, Australia, telah terwujudlah komuniti Lingkaran Sahabat Sastera Adelaide yang memberikan tumpuan terhadap memperkenalkan sastera dan penulisan di kalangan pelajar setempat terutamanya. Kini telah hampir tiga minggu LSS dihidupkan, dan perbincangan dan perkongsian buah fikiran di kalangan ahlinya juga semakin hangat. Walaupun menumpukan masyarakat di Adelaide, penyertaan terbuka kepada semua yang berminat tidak mengira lokasi geografi dan latar belakang.





PETIKAN YAHOOGROUPS LSS:
Lingkaran Sahabat Sastera (LSS) Adelaide adalah lingkaran non-organisasi yang ditubuhkan untuk mengayakan penghayatan dan pembacaan sastera-sastera Melayu di kalangan mahasiswa luar negara di samping usaha-usaha untuk memartabatkan sastera Melayu dalam kalangan mahasiswa.

Click here to join sastera_adelaide
Click to join sastera_adelaide



LSS berperanan untuk:

1)Menyediakan ruang kepada mahasiswa luar negara untuk bertukar-tukar fikiran dan ilmu untuk pembinaan sensitiviti individu secara terbuka dan terkawal

2)Menjadi medan pengutarakan sebarang artikel sastera atau karya sastera dan isu-isu semasa yang diketengahkan secara kreatif untuk dibaca, dibincangkan, dinilai, diulas atau dikongsi.

3)Memberi ruang untuk mahasiswa mengetengahkan bakat dalam bidang sastera Melayu di samping memberi bantuan dan bimbingan kepada penulis untuk menghasilkan karya yang lebih baik

4)Menjadikan wadah sastera Melayu sebagai jambatan penghubung antara mahasiswa-mahasiswa tanah air yang terdiri daripada pelbagai bangsa yang belajar di luar negara.

5)Mengisi lompong kekosongan aktiviti-aktiviti mahasiswa di luar negara dengan menyediakan kegiatan yang berfaedah dan bermunasabah

6)Memudahkan warga LSS untuk berkongsi teks-teks sastera Melayu sesama ahli secara lebih bersistematik (dalam pembinaan)

7)Memeriahkan dunia sastera di persada tanah air atau tanah antarabangsa.

Selamat datang diucapkan dan selamat memeriahkan dunia sastera Melayu!

No comments: