Thursday, March 27, 2008

IMBAS KEMBALI: Wilayah Cinta dan Jalan Jauh Ke Ramallah

Bukan mudah proses menghasilkan senaskhah antologi, apatah lagi hampir 100% segala urusannya dari pengumpulan karya, pengeditan, pemilihan judul, reka bentuk hinggalah ke percetakan diuruskan secara maya, emel dan yahoomessenger. Antologi puisi Wilayah Cinta merupakan antologi puisi kedua GKLN (selepas Al Andalus Menangis) yang diuruskan oleh Adibah Abdullah dan Aimi Rahayu Abdul Rashid,sementara antologi cerpen Jalan Jauh ke Ramallah merupakan antologi cerpen pertama yang diselenggarakan Rebecca Ilham dan Fazleen Razali. InsyaAllah, tahun 2008 bakal menyaksikan satu (dan mungkin dua?) antologi cerpen GKLN diterbitkan.

Berikut adalah antara design kulit yang dicadangkan, terima kasih kepada Asyraffdini, Alirfan, Fazleen Razali, Rebecca Ilham, dan Nurin Mazaya Zulkifli.


1 comment:

unknowndaei said...
This comment has been removed by the author.