Saturday, December 8, 2007

Projek Sumbangan Buku Untuk Surau RCSI, Dublin





Kepada mereka yang meminati karya-karya sastera tetapi tidak berpeluang mendapatkannya di luar negara, kini pihak Grup Karyawan Luar Negara (GKLN) telah mengambil inisiatif menyumbangkan beberapa naskhah karya sastera untuk tatapan khasnya mereka yang berada di Dublin. Buku-buku sastera terpakai hasil sumbangan ahli-ahli Grup Karyawan Luar Negara ini akan ditempatkan di surau RCSI memandangkan kemudahan tersebut sering dan mudah dicapai oleh pelajar-pelajar di Dublin.











Berikut adalah senarai buku-buku yang telah disumbangkan (dalam kurungan ialah nama penulis):


1) Antologi Cerpen- Jalan Jauh Ke Ramallah (Penulis-penulis GKLN)
2) Antologi Puisi- Wilayah Cinta (Penulis-penulis GKLN)
3) Antologi Puisi- Al Andalus Menangis (Penulis-penulis GKLN)
4) Antologi Cerpen- 9! (Mantan Minggu Penulis Remaja)
5) Antologi Cerpen- Cinta Dan Rona Kinanah (Penulis-penulis Mesir dan Jordan)
6) Antologi Cerpen/Puisi- Madrasah Kebenaran (Pemenang Sayembara Cerpen dan Puisi MAIDAM)
7) Novel – 1511 H (Kombat) (Faisal Tehrani)
8) Novel- Surat-surat Perempuan Johor (Faisal Tehrani)
9) Novel- Advencer Si Peniup Ney (Faisal Tehrani)
10) Novel- Bila Tuhan Berbicara (Faisal Tehrani)
11) Novel- Tuhan Manusia (Faisal Tehrani)
12) Novel- Manikam Kalbu (Faisal Tehrani)
13) Novel- Atas Nama Cinta (Isa Kamari)
14) Novel- Salahudin, Penakluk Jerusalem (Abd Latip Talib)
15) Novel- Ikramah, Penentang Jadi Pembela (Abd Latip Talib)
16) Kumpulan Puisi- Segugus Embun (Hilmi Rindu)
17) Kumpulan Puisi- Semoga Cepat Sembuh (Aminah Mokhtar)


InsyaAllah, diharapnya senarai ini akan bertambah pada masa akan datang. Oleh kerana jumlah naskhah yang terhad, dialu-alukan kerjasama semua agar sentiasa memulangkan buku-buku yang telah dipinjam dari surau RCSI untuk kemudahan pembaca lain. Harap maklum.