Saturday, November 24, 2007

Sembang-sembang Penulisan- Puisi Berima?

SYABAB1ST BERTANYA "BOLEHKAH BUAT PUISI DENGAN RIMA HUJUNG YANG SAMA?"
Sembang Puisi
SYABAB1st bertanya

“satu lagi, kalau tulis puisi..biasanya bagi yang amatur macam saya ni, ayat terakhir untuk setiap perenggan tu biasanya mesti nak letak imbuhan yang sama dibelakang. contohnya cam puisi amatur kat bawah ni, BOLEH KE?:


Dia itu
> ku lihat sungguh berjiwA
> penuh semangat dihatinyA
> meniupkan harmonika jinggA
> yang bunyinya senang diketawA
>
> Dia itu
> hanyalah seorang tuA
> yang sekadar mengemis usiA
> tapi hati masih berjiwA
> bukan hanya menadah tangan memintA
> tapi juga tetap berusahA
> walaupun harmonika hilang bunyinyA
>
> Kesian aku pada dia itu
> yang mencari sekadar bekalaN
> meneruskan hidupnya mendataNG
> hanya itu menjadi tujuaN
> walaupun harmonikanya hilang panduaN
>
> Hari inI > aku kembali lagI
> mencari dan memerhatI
> di mana dia itu
> sudah hilang dilautan manusiA
> yang memandang sepi pada dirinyA
>
*puisi ni saya tulis masa lepak kat grafton street:)”


TAMAT
-------------------------------------------------------------------------------
Jawapan sdr AmirMukhriz (penulis)

“ kedua, berkaitan soalan sdr syabab, berkenaan sukukata yang sama bagi ayat terakhir setiap baris sajak, saya juga sependapat dengan fadhrazy, tiada salahnya, itupun,
jika kena pada gaya dan tekniknya,
jika iramanya tidak songsang,
jika maksudnya sampai,
jika itu yang terbaik bagi puisi tersebut.

kesimpulannya, jika menepati 'jika2' yang di atas, maka, teruskanlah dengan apa yang telah anda tulis.

amalkan tips yang disarankan fadhrazy, selepas siap puisi tersebut, simpan dulu, dan ulang baca, biar banyak kali, sampai puas kita dgn puisi tersebut. lebih baik lagi, kita bagi puisi tersebut pada kawan yang mmg tahu selok belok puisi, suruh dia 'bedah' puisi tersebut, tengok mana kurang lebihnya.”
---------------------------------------------------------------------------------

Jawapan sdr Aina Adillah (penulis)
“Saya cuba jawab ikut faham saya...hehe...tak pandai sebenarnya fahd. saya memang tak pandai tapi tak semestinya rima sama sahaja hujungnya. jadi timbul kebosanan pulak..yg penting mesej dan kata puitis yang harmoni atau serasi..sudah ok bagi saya...
wsalam.”
---------------------------------------------------------------------------------
Jawapan sdr Airmas SZ (penulis)

“Salam ,
ini sekadar pendapat saya. Puisi itu adalah kata-kata yang manis, rima dalam puisi pula adalah ragam , puisi bebas tidak terikat dengan rima, biasanya rima menjadi tuntutan kalau membina puisi traditional ...”
--------------------------------------------------------------------------------

Jawapan sdr TintaSukma (Penerima Anugerah Penyair Alam Siber 2006)

“Bagi kak tinta, dulu kak tinta pun cenderung mencipta sajak berima hujungnya. Tapi bila meneliti sajak2 sedemikian, ada pos dan kons ..

pros: antaranya, bila dibaca (dengan suara), gendangnya cantik, menarik, dan seimbang. Kadang-kadang rasa macam sajak terikat/semi tradisi ..

kons: apabila bikin sajak berima nie, kalau tak hati2, kata2 boleh lintang lari. Kak tinta ‘revise’ semula sajak2 lama, rasa macam meleret dan tak terjaga lantaran terlalu mementingkan rima. Banyak perkara/ungkapan yang boleh diekonomikan tapi terabai ..

w'salam ..”
--------------------------------------------------------------------------------
Jawapan FahdRazy

”Tentang soalan kedua, memang saya juga perasan kebanyakan puisi, terutamanya penulis-penulis baru seperti kita cenderung meletakkan imbuhan atau suku kata yang sama di hujung baris. Sebenarnya itu tak jadi kesalahan, bergantung kepada gaya masing-masing. Cuma kalau terlalu kerap,akan mengganggu nada/ emosi/kelancaran sajak. Akan terasa janggal apabila kita baca.

Bagaimana nak tahu mengganggu atau tidak?

Ini satu tips...apabila siap sajak,simpan dulu, bawah bantal ke, bawah tilam ke, bawah apa-apa sahaja...sejam kemudian, cuba buka dan baca semula, dari tajuk, rangkap satu dan langsung sampai habis... Apabila saya buat macam ini, selalu saya akan perasan beberapa bahagian-bahagian atau kombinasi perkataan yang nampak lemah, bunyinya macam tak masuk...errr....faham ke? Cuba buat dulu...bila dah selalu buat, akan jadi mudah nanti nak kesan kelemahan tersebut.

Kadang2 saya juga selalu buat puisi yang ada sukukata akhir yang sama bunyi...tapi bukannya semua satu rangkap mempunyai suku kata sama. Biasanya, contoh ada 5 baris dalam satu rangkap, saya akan buat 2 atau 3 baris yang sama sukukata akhirnya. Juga kadang2, suku kata yang sama itu saya letak di pertengahan sajak, supaya pabila dibaca secara berterusan, nadanya jadi sesuai.

Contoh, ini sajak bertajuk Angin Sejarah, perhatikan pada huruf yang capital.

”Angin itu yang berbisik pada taNAH
adalah angin sejaRAH
yang menghimpunkan aroma daRAH
dari sekebun makam syuhada.

Di sini ia berbicara kepada putik bangsa,
sesudah 48 tahun berpeleseran mengusung awan makMUR
mencari makna suBUT
sambil meniupkan tegarnya lafaz hamdaLAH kepada yang Maha MenganugeRAH
saat kegagaHAN zaMAN menyalin keruh asap penjaraHAN
kepada harum sekebun kemboja
di benua kebebaSAN”

jadi kesimpulannya, kadangkala penting juga meletakkan sukukata/imbuhan yang sama, supaya apabila baca nampak kesinambungan dari segi bunyi. Cuma, jangan terlalu tepu dengan kaedah ini, sehingga setiap baris dan rangkap menggunakan teknik ini. Nanti nampak seolah2 sajak itu terlalu di'paksa'kan...dan pembaca yang membacanya juga akan rasa janggal.”
---------------------------------------------------------------------------------
Jawapan sdr Ani Marzah (penulis)

“puisi melayu adalah sajak yang bebas. pada pandangan akak, tidak semestinye di belakang berima sama. pembatasan mengolah kenyataan mungkn akan sukar. Puisi bebas. kalanya sedikit pun rima belakang ayatnya sama setiap baris.

kak anim”
---------------------------------------------------------------------------------
Jawapan sdr Assyramy (Penulis)

“Wsalam
Sajak yg sdr tunjuk cth tu kalau saya saya panggil sajak berima. Sebab rima hujungnya sama,sebenarnya rima tu kita boleh letak di awal cthnya ..

MAkanlah
MAlu-malulah pulak
MAlu kat siapa?
MArka ada kat sini ke?

kalau ikut sastera yang saya bljr masa SPM dia panggil sajak terikat. Sebab dia mengambil salah satu ciri puisi tradisional. Sebab puisi tradisional nak kata puisi tradisional seperti pantun,syair,gurindam dan lain-lain ada banyak ciri. Antaranya sukukata dalam baris,bilangan baris dalam rangkap,rima,bunyi dsb.

Bagi penyair amatur seperti saya, ciri persamaan rima adalah biasa untuk mengindahkan sajak kita. Sebelum kita ada identiti,ia adalah perkara biasa. Permainan rima adalah perlu pd masa2 tertentu.
Wallahua'lam.”