Saturday, February 28, 2009

Sekepal Tanah


Oleh Rahimidin Zahari

Kugenggam sekepal tanah
yang bakal bersatu
dengan diriku.

Nenda Ismail, benar
seperti kata akhirmu:
kita sentiasa dekat
cuma terpisah
oleh ruang yang lain.

Burung terbang
pulang ke sarang
nafas kembara
pulang ke rongga
kau pergi
menuju Abadi

Aku di sisimu,
menggenggam sekepal tanah
yang bakal bersatu
dengan diriku.

Kumpulan puisi Sekepal Tanah, Rahimdin Zahari
DBP 1997

1 comment:

Anonymous said...

Puisi yang amat cantik.
Membaca karya seperti ini, kelihatan lebih jelas bahawa nilai estetika sesebuah sajak lebih banyak terletak pada idea dan susunan bahasa sajak tersebut, berbanding meletakkan terlalu banyak perkataan bombastik yang sukar difahami.