Oleh: Siddiq Osman.
http://pujangga-kembara.blogspot.com
Novel yang sarat dengan unsure-unsur sastera dan kaya dengan kosa kata klasik dan bombastik. Gaya bahasa yang mengesankan walaupun banyak berlaku ulangan ayat. Satu novel sastera yang bebas dari unsur kerosakan budaya.
Novel ini mengisahkan perjalanan hidup beberapa generasi sebuah keluarga kacukan melayu arab dalam menubuh dan memajukan sebuah syarikat perkapalan untuk tujuan perlancongan. Diolah dalam bentuk tanggapan berbeza oleh setiap watak dalam sesuatu isu. Bertindak adil dalam memberi karekter kepada setiap watak. Ia adalah satu bentuk baru dalam novel penulis (saya ikuti 1515, Advencer, Tuhan Manusia, Surat-surat Perempuan Johor.) Ini menunjukkan penulis kaya dengan teknik penulisan.
Walaupun novel ini sedikit berat dan mengandungi kelewahan yang terhad, ia masih mampu menggamit pembacaan kerana plot-plotnya yang disusun dengan baik dan menampilkan beberapa klimaks. Saya agak terkesan dengan jalan penceritaan terutama dalam memuji Pulau Sukma dan Semenanjung Emas. Seperti biasa Faisal banyak berpengetahuan dalam sejarah menjadikan sejarah sebagai kesan sampingan yang sangat memepengaruhi dalam novel-novelnya.
Selain itu kajian yang mencukupi dalam memaparkan kehidupan pelaut komersial dalam bidang maritime dan perkapalan patut dipuji. Beginilah penulis yang baik menampilkan keenakan dalam menyelitkan pengetahuan. Bagaimanapun penulis tidak pernah lupa menonjolkan keislamannya dalam karya dengan mengetengahkan ideology Islam dalam pelbagai cabang kehidupan misalannya dalam masalah kemasyarakatan dan ekonomi. Ini patut dicontohi.
Novel yang diisi sedikit aksi, sedikit romantik, tragedi, drama, kekeluargaan dan politik ini menjadikan kisah novel ini lebih realiti. Begitupun saya kurang setuju dalam pendetailan yang mungkin pihak lain rasakan ia satu keterbukaan dalam menceritakan aksi di atas ranjang. Tetapi jika kita lihat kini hamper semua filem barat yang memenuhi panggung menyelitkan aksi berikut. Mungkin inilah seni zaman sekarang.
Bagi saya novel ini cukup perisanya dan patut dibaca oleh penggemar sastera dan novel melayu. Hentikan pembacaan karya pop untuk kembalikan Bahasa Melayu kepada bahasa ilmiah.
Friday, February 20, 2009
Pandangan: Bedar Sukma Bisu
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment