Wednesday, December 31, 2008

Penulis-penulis di Utara

Petikan Utusan Malaysia

BUKIT MERTAJAM 6 Dis. - Penulis muda di kawasan utara Semenanjung Malaysia dipelawa menghantar hasil karya mereka kepada Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Wilayah Utara untuk diterbitkan dalam majalah Jendela Utara, kata Pengarah DBP Wilayah Utara, Arshad Rawian.

Bercakap kepada pemberita selepas majlis penutup Perkampungan Penulis Muda Negeri Perak anjuran Jabatan Pelajaran Negeri Perak (JPNP) dan DBP di Chalet Ayer Panas dekat sini, beliau berkata, majalah terbitan berkala itu menyediakan medan khusus untuk penulis muda berkarya.

Mereka yang berminat boleh menghantar karya mereka ke alamat

Jendela Utara,
DBP Wilayah Utara,
No 31, Lorong PS 2,
Bandar Perda, Bukit Mertajam
14000, Pulau Pinang.

No comments: