Friday, June 27, 2008

HARI DISKUSI PENULISAN ISLAMI 2008 (Maghribi)



HARI DISKUSI PENULISAN ISLAMI 2008
anjuran
GRUP KARYAWAN LUAR NEGARA
BENUA AFRIKA DAN TIMUR TENGAH
(GKLN)

5 Julai 2008






1. Latar Belakang

Grup Karyawan Luar Negara (GKLN) merupakan perkumpulan pelajar (dan bekas pelajar) di luar negara yang menumpukan kegiatan-kegiatan berkaitan dunia penulisan dan sastera. Antara aktiviti yang telah dijalankan ialah penerbitan antologi, perbincangan karya, bengkel penulisan, penganjuran sayembara dan sebagainya. Ahli-ahli GKLN pula meliputi pelbagai negara (kecuali Mesir dan Jordan yang telah diwakili kumpulan Adabuna) termasuklah Ireland, United Kingdom, United States, Rusia, Jepun, Australia, New Zealand, Maghribi, Indonesia, India, Ukraine, Perancis, Jerman, dan lain-lain. Matlamat utama GKLN ialah memberi latihan, galakan, dan pendedahan kepada pelajar luar negara yang berminat dalam penulisan di samping berkongsi bahan bacaan sastera sesama ahli.

Hari diskusi ini merupakan lanjutan daripada sayembara bernuansa sastera Islami yang julung kali di adakan di benua Afrika, Sayembara Puisi Maghribi 2008 (SEMPURI '08) yang dianjurkan oleh Grup Karyawan Luar Negara (GKLN) rantau Timur Tengah dan benua Afrika. Tumpuan hari diskusi kali ini menjurus kepada diskusi penulisan genre puisi – merangkumi aspek teori, praktik, penerbitan dan kritikan.

II. Objektif

1. membincangkan pelbagai aspek yang berkaitan dengan penulisan puisi, termasuk tentang teori, prinsip, falsafah, pemikiran, praktik, teknik, pendekatan, penerbitan dan kritikan penulisan genre ini;

2. mendedahkan kepada peserta pelbagai teori dan teknik penulisan puisi yang mampu memajukan serta mengembangkan lagi bidang penulisan ini serta industri yang berkaitan (penerbitan) ;

3. menarik minat dan kecenderungan penulis-penulis muda, bagi melahirkan lebih ramai penulis baru yang akan menyemarakkan lagi dakwah penulisan Islami;

4. menjadikan hasil daripada program ini sebagai sesuatu yang dapat menyumbang kepada usaha-usaha memantapkan lagi kurikulum serta kaedah pengajaran/pemelaja ran penulisan sastera Islami di Grup Karyawa Luar Negara (GKLN).

III. Tema

Tema Hari Diskusi Penulisan Islami ini adalah:

“Pelestarian Citra Islami menerusi Karya Puisi Kontemporari”

III. Peserta/Khalayak Sasar

Peserta hari diskusi terdiri daripada umumnya warga Malaysia di Maghribi yang meminati bidang penulisan sastera Islami, juga sasaran khas – peserta SEMPURI '08.

IV. Yuran Penyertaan

Penyertaan di dalam hari diskusi ini adalah sebanyak lima dirham (5 DH) seorang. Sijil Penyertaan disediakan untuk 50 penyertaan awal. (Sijil penyertaan akan ditandatangani oleh Duta Besar Malaysia ke Maghribi - Jangan lepaskan peluang!)

V. Tarikh dan Tempat

Hari diskusi akan berlangsung pada 5 Julai 2008, bertempat di Residen, Kediaman Rasmi Duta Besar Malaysia di Maghribi.


AINAA MARDHIAH BINTI SUHAIMI
Penyelenggara Timur Tengah dan Benua Afrika
Grup Karyawan Luar Negara

Pendaftaran dibuka sekarang! Rakyat Malaysia di Maghribi bolehlah menghantar penyertaan anda ke emel ainaasuhaimi@gmail.com

No comments: