Oleh: Muhaimin Sulam
http://muhaiminsulam.blogspot.com
Assalamualaikum
Novel karya Pak Hamka pertama kali saya baca kira-kira 15-20 tahun lalu dan revision terakhir mungkin 4 tahun lalu. Novel Ayat-Ayat Cinta (AAC) kira-kira 2 tahun lalu sebelum berangkat ke sini -UK. Secara umumnya, cerita itu masih saya ingat walaupun novel-novel hanya tersimpan di tanahair. Kedua-dua memang cerita cinta anak muda dan dalam masa yang sama mempunyai peribadi sebagai muslim dan muslimah yang baik.
Namun, saya bersetuju dengan pandangan sebelum ini bahawa novel itu mempamerkan watak lelaki yang terlalu ideal. Bagaimana hebat lelaki sehingga diminati oleh beberapa wanita seperti di dalam novel AAC. Novel itu hanya bersifat mengajar pembaca secara langsung dari kehalusan dan keindahan kata-kata.Ia tidak mencabar minda pembaca. Mungkin ia sangat sesuai untuk mendidik remaja bercinta.
Manakala novel Tenggelamnya Kapal Van der Wijck karya Pak Hamka juga mempamerkan pendekatan yang sama. Mesej yang hendak disampaikan oleh Pak Hamka adalah kritikan terhadap ikatan adat yang memisahkan cinta antara dua darjat dan keturunan.
Antara kayu ukur yang biasa saya gunakan untuk menentukan hebat tak hebatnya sesebuah novel itu adalah berapa lama waktu yang digunakan untuk membaca novel tersebut. Jika novel itu dibaca dalam sejam dua saja - itu bermakna novel itu sekadar bahan bacaan ringan. Jika sampai berhari-hari atau bertahun-tahun(?) itu mungkin novel itu memang mencabar sungguh. Sebagai contoh, membaca novel Shahnon Ahmad, Keris Mas dan sebagainya berbanding membaca novel Norhayati Ibrahim. S. Hawa dan... - itu sesuai waktu menanti bas atau menunggu pensyarah yang terlewat. Kayu ukur itu ukuran peribadi saya saja mungkin tidak untuk semua. Apapun semua adalah karya yang harus dihargai dan dicontohi.
Sekian.
http://muhaiminsulam.blogspot.com
Wednesday, March 26, 2008
Ayat Ayat Cinta dan Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment