Oleh: Nisah Haji Haron
www.annyss.blogspot.com
Benarkah judul karya tiada hak cipta?
Ya, judul tidak dilindungi di bawah undang-undang hak cipta. Jika ada 10 buah sajak dengan judul yang sama, tidak semestinya sajak yang terkemudian itu telah menceduk sajak terdahulu hanya kerana judul. Demikian juga, nama-nama watak turut tidak dilindungi. Ertinya, jika satu hari saudara ingin menulis cerpen menggunakan watak bernama "Harry Potter", tentu sahaja boleh selagi J.K. Rowlings ataupun penerbit buku/filem tersebut tidak mendaftarkan tanda niaga atau trade mark ataupun TM selepas nama Harry Potter.
Jadi, kalau mahu tulis karya Gadis McDonald, dengan merujuk kepada jenama restoran makanan segera, tidak melanggar hak cipta tetapi melanggar syarat tanda niaga - yang juga satu daripada cabang harta intelek.
Harap jawapan pendek ini dapat memberi sedikit sebanyak pencerahan kepada adik-adik penulis sekalian. Semoga kita berjumpa lagi dalam "Tunas Cipta", "Dewan Sastera", "Dewan Siswa", "Mingguan Malaysia", "Berita Minggu" dan wadah yang seumpamanya.
--
ikhlas,
Nisah Hj Haron
www.annyss.blogspot.com
www.ujanailmu.com.my
Tuesday, February 12, 2008
Adakah judul karya punya hakcipta?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment