Laporan oleh: Fieza Nur
LAPORAN BENGKEL PENULISAN ISLAMI KERJASAMA
ADABUNA & GKLN
1.0 Objektif
1.1 Merapatkan ukhuwah antara masyarakat pelajar di timur tengah dan di lain-lain tempat merentas benua seperti England, Scotland, Ireland, Jepun, Rusia dan sebagainya.
1.2 Bertukar-tukar pengalaman dan pengetahuan antara pelajar dari pelbagai jurusan dalam bidang penulisan.
1.3 Menghasilkan karyawan yang bakal menerapkan unsur-unsur islamik dan akhlak murni sesuai dengan keperluan masyarakat Malaysia kini.
1.4 Melahirkan penulis yang responsif terhadap isu-isu semasa yang melanda dunia Islam.
2.0 Pengenalan
Bengkel penulisan ini merupakan usaha julung-julung kali antara Majlis Penulis PMRAM dan Grup Karyawan Luar Negara (GKLN) lewat kunjungan ahli GKLN ke Mesir Jun 2006. Atas inisiatif beberapa penulis timur tengah dan penulis dari Ireland, bengkel penulisan ini cuba direalisasikan dalam usaha melahirkan penulis-penulis yang mempunyai kesedaran Islam dan berusaha menjadikan Al-Quran dan As-Sunnah sebagai lembayung yang menaungi penulisan masing-masing. Hal ini berikutan berleluasanya novel-novel picisan di pasaran yang senantiasa memancing masyarakat terutamanya remaja kepada dunia fantasi tanpa sempadan. Di samping itu, bengkel ini juga berusaha untuk membuahkan penulis-penulis yang peka dan responsif terhadap isu semasa yang melanda dunia islam dan cuba menarik perhatian masyarakat terhadap isu-isu semasa tersebut lewat karya masing-masing. Dan dalam pada itu, diharapkan dengan kerjasama ini, ukhuwah antara penulis-penulis yang lazimnya adalah penuntut-penuntut Malaysia yang sedang belajar di luar negara akan terjalin erat.
3.0 AJK Bengkel
Berikut adalah AJK Bengkel Penulisan Islami Adabuna & GKLN
Pengarah: Nur Hafizah Mohd Noor
Timbalan: Faizatul Herda Mohd Azaman
Bendahari (ADABUNA): Mohd Zaki Mohd Noor
Bendahari (GKLN): Aimi Rahayu Abdul Rashid
Moderator I (NH): Mohd Hafez Iftiqar Ahmad Termizi
Moderator II (FT): Huda Zakari@Zakaria
Moderator III (ZA): Mohd Nurul Hisyam Mohamed
4.0 Pelaksanaan
4.1 Medium
Tidak seperti bengkel-bengkel penulisan yang sering kali dijalankan di timur tengah, bengkel ini telah dijalankan secara maya ya’ni secara ‘teleconference’. Medium yang digunakan adalah Yahoo Mesenger Conference. Hal ini berikutan peserta-peserta bengkel adalah dari seantero benua lantas menidakkan sebarang peluang untuk mengadakan bengkel secara serampang mata.
4.2 Peserta
Seramai 13 peserta telah dipilih untuk menyertai bengkel ini, 6 dari ADABUNA dan 7 lagi dari GKLN. Sebulan sebelum menyertai bengkel, setiap peserta telah menghantar karya masing-masing kepada fasilitator sebulan sebelum bengkel bermula untuk dinilai dan dikenal pasti sebarang pembaikan yang mungkin.
4.3 Fasilitator
Fasilitator bertauliah yang telah dipilih adalah merupakan penulis-penulis mapan dan berpengalaman luas dalam bidang penulisan di tanah air. Fasilitator tersebut adalah:
I) Nisah Haron (NH)
II) Faisal Tehrani (FT)
III) Zaid Akhtar (ZA)
4.4 Metodologi
4.4.1 Sebulan sebelum bengkel bermula, peserta telah menghantar karya masing-masing sama ada puisi atau cerpen kepada fasilotator kumpulannya.
4.4.2 Setelah dibedah, fasilitator menyerahkan garapan komen kepada moderator kumpulan yang dilantik.
4.4.3 Moderator kumpulan menyusunatur komen fasi dan karya peserta dalam slide yang disediakan untuk memudahkan proses penerangan.
4.4.4 Sebelum bengkel bermula, slide yang telah disediakan diupload ke yahoogroup dan peserta memuaturun slide sejurus sebelum bengkel bermula.
4.4.5 Setiap karya peserta dikritik selama 20 minit dan peserta-peserta lain menekuni komen yang diberi fasilitator dengan bantuan slide show yang disediakan.
4.5 Pembahagian kumpulan
Seramai 13 peserta yang dipilih dibahagikan kepada 3 kumpulan. Setiap satu fasilitator mengendalikan bengkel bersama kumpulan yang diberi.
4.6 Atur cara bengkel
a) Pre bengkel I
Tarikh: 22 Januari 2007
Hari: Sabtu
Masa: 9.00 – 10.30 p.m. (waktu Malaysia)
b) Pre bengkel II
Tarikh: 29 Januari 2007
Hari: Sabtu
Masa: 9.00 – 10.30 p.m. (waktu Malaysia)
c) Bengkel Penulisan Islami Adabuna & GKLN
Tarikh: 3 Februari 2007
Hari: Sabtu
Masa: 9.00 – 12.00 p.m. (waktu Malaysia)
AKTIVITI TARIKH
Promosi dan hantar karya 10/11/06 – 31/12/06
Pembedahan karya 01/01/06 – 29/1/07
Penyediaan slide 29/01/07 – 02/02/07
Pre Bengkel I 22/01/07
Pre Bengkel II 29/01/07
Bengkel 03/02/07
4.7 Pre bengkel
Pre bengkel telah dijalankan sebanyak dua kali untuk memastikan
masalah-masalah teknikaliti dapat dikesan dan ditangani sebelum
bengkel sebenar.
4.7 Siaran dengan radio internet MISG
Bengkel penulisan online ini telah dirakamkan dan disiarkan secara berperingkat dengan radio internet MISG milik persatuan pelajar di USA.
5.0 Masalah/Cadangan pembaikan
5.1 Masalah seperti tidak dapat mendengar conference berlaku tetapi tidak kepada peserta atau fasilitator, hanya kepada pemerhati yang turut ingin mendengar kupasan karya. Masalah teknikal seperti itu telah ditangani sewaktu pre bengkel I dan II.
5.1.1 Ini menunjukkan peri pentingnya dan keberkesanan mengadakan pre bengkel sebelum bengkel sebenar. Pre bengkel itu hendaklah diadakan antara peserta, moderator dan fasilitator seperti yang telah dijalankan dalam bengkel kali ini.
5.1.2 Bagi pemerhati pula, masalah ini boleh dielakkan dengan mendengar melalui radio internet MISG dengan melayari www.radiomisg.com.
5.1.3 Walaubagaimanapun, siaran langsung dengan radio MISG tidak dapat
dijalankan pada hari conference kerana masalah teknikal. Siaran
tertunda disiarkan secara berperingkat di radio MISG.
5.1.4 Dicadangkan untuk mengadakan juga pre bengkel bersama dengan
pengendali radio MISG pada bengkel akan datang.
6.0 Penutup
Memandangkan bengkel ini adalah projek perintis, kerjasama dan komitmen dari semua pihak telah berjaya merealisasikan bengkel ini dan usaha secara berterusan akan dapat memastikan kesimbungan bengkel penulisan atas talian seperti ini.
Sekian, terima kasih
Yang berusaha,
Nur Hafizah Mohd Noor
Pengarah Bengkel Penulisan Islami Adabuna & GKLN