Saturday, November 24, 2007

Bagaimana Menjadi Ahli GKLN?


Apakah GKLN? GKLN bermaksud Grup Karyawan Luar Negara. Seperti namanya, GKLN berfungsi sebagai sebuah perkumpulan maya yang bergiat dalam memupuk, menggalak, dan menyediakan medium untuk para pelajar luar negara bergiat di dalam penulisan.

Siapakah Yang Layak Menyertai? Semua orang layak menyertai Yahoogroup GKLN, selagi memenuhi syarat dengan menghantar butir diri sebagai rekod pengurusan GKLN. Walaubagaimanapun, tumpuan bagi kebanyakan aktiviti (terutamanya aktiviti offline) diutamakan kepada ahli GKLN yang belajar di luar negara, juga yang di luar rangkuman Kumpulan Adabuna dan KelapPMRAM (Mesir dan Jordan). Hal ini bagi memberi ruang ahli-ahli dari negara selain negara-negara tersebut untuk sama bergiat dalam penulis.

Bagaimana ingin menyertai Yahoogroup GKLN? Semua orang boleh menyertai yahoogroup, tidak kira negara mana, selagi menghantar butir diri. Sila hantarkan butir diri kepada Adibah Abdullah, Timbalan Presiden GKLN di emel adiba_308@yahoo.com. Maklumat yang diperlukan termasuklah: Nama, Nama Pena, Tarikh Lahir, Jurusan, Universiti dan Tahun, Lokasi di luar negara. Bagi yang telah tamat pengajian, sertakan maklumat pengajian anda yang terkini (jurusan, universiti, negara) serta pekerjaan terkini.

Apakah aktiviti GKLN? Secara rutin, kegiatan GKLN banyak tertumpu kepada perkongsian dan perbincangan karya-karya, maklumat, tips, berita, dan hal-hal berkaitan dengan penulisan. Ahli bebas berkongsi karya di yahoogroup GKLN serta bebas memberi respons karya. Mana-mana moderator GKLN TIDAK bertanggungjawab untuk memberi sebarang ulasan/ respons kepada karya yang disiar. Aktiviti offline GKLN pula pelbagai, termasuk penganjuran sayembara, penerbitan, bengkel, dan sebagainya.

Siapakah moderator GKLN? Para moderator GKLN akan dipilih dari semasa ke semasa berdasarkan keaktifan dan komitmen terhadap GKLN. Tugas moderator adalah menyelia kelancaran program-program yang dianjurkan oleh GKLN. Sekali lagi ditegaskan, bukan menjadi tanggungjawab mana-mana moderator untuk bertindak sebagai pengulas di yahoogroup GKLN. Semua ahli dan moderator boleh menyuarakan pandangan masing-masing secara sukarela.